- Memberi peluang kepada warga
sekolah membuat pembelajaran kendiri secara penerokaan maya.
- Memberi peluang kepada murid menggunakan teknologi yang sesuai dalam aspek bagi meningkatkan mutu pengalaman pembelaran.
- Memberi peluang murid
mengembangkan potensi diri dan bersedia bagi menghadapi cabaran pada masa
hadapan.
Saturday, November 21, 2009
VISI DAN MISI
Ahli Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah
Friday, November 20, 2009
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN
Thursday, November 12, 2009
KEJOHANAN SUKAN
Tuesday, November 3, 2009
PEPERIKSAAN PKSR 4 BERMULA
Selasa - Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Matematik II,
Agama Islam
Rabu - Matematik I, Pendidikan Seni, Bahasa Arab, Pendidikan Jasmani
Khamis - Sains, Bahasa Inggeris II, Bahasa Inggeris I, Bahasa Inggeris III
JADUAL PEPERIKSAAN TAHAP II
Selasa - Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Matematik II,
Agama Islam
Khamis - Sains, Bahasa Inggeris II, Bahasa Inggeris I, Bahasa Inggeris III
Jumaat - Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup, Pendidikan Sivik
MURID PRASEKOLAH NAIK 87% PADA 2012
“Pertambahan 104,850 murid itu adalah penyertaan kanak-kanak kohort berusia lima tahun yang mengikuti pembelajaran prasekolah kerajaan dan swasta,” katanya menjawab soalan Abd. Rahman Bakri (BN-Sabak Bernam) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya memantapkan kemahiran berbahasa serta pembentukan sahsiah positif di kalangan kanak-kanak prasekolah mengikut kurikulum yang dikuatkuasakan sejak 2003 sama ada di sekolah kerajaan mahu pun swasta. Katanya, kurikulum prasekolah sedia ada akan ditambah baik termasuk cadangan memanjangkan 50 peratus tempoh interaksi dalam bahasa Inggeris.
Menurutnya, 4,194 kelas prasekolah baru pula akan dibina menjelang 2012 selain menggalakkan penyertaan pihak swasta melalui cadangan pemberian insentif. Tambah beliau, kementerian juga memberi latihan kepada guru prasekolah kerajaan dan swasta melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Peningkatan Profesionalisme.
“Penyeliaan serta pemantauan bagi memastikan kualiti pendidikan prasekolah dijalankan dari semasa ke semasa. Bukan itu sahaja, pelbagai program kesedaran bagi menggalakkan penyertaan ibu bapa terutama di luar bandar serta yang berpendapatan rendah akan dijalankan,” katanya.
Menjawab soalan tambahan Abd. Rahman mengenai masalah murid-murid normal yang keciciran membaca, menulis dan mengira (3M), Muhyiddin berkata, beliau yang menyedari perkara itu. Menurutnya, masalah tersebut berlaku ekoran perbezaan kawasan pendidikan seperti di dalam dan luar bandar. Bagaimanapun, jelasnya, kerajaan mengambil inisiatif menyediakan peruntukan RM48 juta melalui Bajet 2010 bagi memperbaiki kelemahan aspek keperluan, kemudahan dan latihan yang tidak mencukupi itu. Menjawab soalan tambahan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), Muhyiddin berkata, program Permata di seluruh negara telah menunjukkan prestasi cemerlang dan kementerian bercadang mengembangkannya.
Monday, November 2, 2009
8000 BUTA HURUF
Kuantan-Seramai 8838 murid tahun 1 hingga tahun 3 di negeri ini masih lagi belum mampu membaca dan menulis dengan baik. Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif berkata, sehingga Julai tahun ini, seramai 4091 murid Tahun 1, 2786 Tahun 2 dan 1961 Tahun 3 dikesan mengalami masalah itu. Menurutnya, Jabatan Pelajaran Negri (JPN) mahukan pendidik mencari pendekatan bersesuaian untuk mengatasi masalah itu di semua sekolah.
"Barisan pentadbir dan guru perlu merangka strategi berkesan untuk membantu atasi masalah ini, selain hubungan erat antara guru dan ibu bapa perlu terus dijalin supaya usaha menjadikan murid sebagai insan celik huruf tidak hanya berlaku di sekolah, tetapi berterusan pula di rumah.
Abdul Aziz berkata, di negara maju membuktikan bahawa membaca adalah kunci kepada khazanah ilmu sehingga melahirkan golongan intelektual, mempunyai daya cipta tinggi, berdaya saing dan berketerampilan. Katanya pada 2007, Unesco mencatatkan Malaysia berada pada tahap 91.9 peratus literasi berbanding Indonesia dengan peratus 92 peratus, Filipina (93.4 peratus), Thailand (94.1 peratus) dan Singapura (94.4 peratus).
Kajian ini menunjukkan Malaysia berada di belakang negara serantau dan sekiranya tiada usaha bersungguh diambil, nescaya kata-kata 'prasarana kelas pertama, tetapi 'mentaliti ketiga' dibimbangi akan menjadi realiti di negara ini.
Dipetik dari Sinar Harian
Thursday, October 22, 2009
JAMUAN TAHUNAN TAHUN 6
Wednesday, October 21, 2009
PEMANSUHAN PPSMI MUNGKIN 2011
KUALA LUMPUR 20 Okt. - Pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk murid tahun satu mungkin dipercepatkan setahun iaitu mulai 2011. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, keputusan itu bergantung kepada persediaan melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan PPSMI yang dijadual bermula 2012. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah menyegerakan pemansuhan PPSMI itu hanya dapat dilaksanakan jika keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi pelaksanaan MBMMBI siap sebelum akhir 2010.
"Kementerian sedang meneliti kemungkinan melaksanakannya (MBMMBI) mulai 2011 bagi murid tahun satu.
"Namun ia bergantung sama ada bilangan guru mencukupi, kesediaan kurikulum baru dan buku teks untuk mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dapat disiapkan sebelum akhir 2010," katanya.
Muhyiddin berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd. Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) mengenai rasional kerajaan menunggu sehingga 2012 untuk memansuhkan PPSMI pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Timbalan Perdana Menteri menjelaskan pemansuhan PPSMI bagi murid tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat pula kekal pada 2012 bagi membolehkan kementerian membuat persiapan rapi sebelum memulakan MBMMBI.
Menjawab soalan tambahan Mohd. Nor, Muhyiddin menegaskan, keputusan memansuhkan PPSMI adalah muktamad dan kerajaan tidak akan kembali meneruskan dasar berkenaan. Beliau berkata, komitmen kerajaan yang bersetuju supaya PPSMI dimansuhkan tidak perlu diragui semua pihak walaupun ia hanya akan berkuat kuasa mulai tahun 2012.
"Ini adalah keputusan yang muktamad. Jadi apa pun keadaan kita telah menyatakan kesediaan untuk tidak kembali kepada dasar lama iaitu meneruskan PPSMI.
"Segala persiapan telah mula dilakukan mulai sekarang dan saya beri jaminan walaupun PPSMI hanya akan dimansuhkan mulai 2012, insya-Allah ia akan dapat dilaksanakan dengan jayanya," katanya.
Muhyiddin berkata, tempoh tersebut ditetapkan kerana kerajaan memerlukan masa untuk membuat semua persiapan sebelum MBMMBI dilaksanakan. Jelasnya, persiapan itu penting kerana kerajaan telah belajar daripada pengalaman lalu apabila tempoh terlalu singkat iaitu hanya enam bulan sebelum melaksanakan PPSMI menyebabkan pelbagai masalah timbul.
"Dasar baru ini memerlukan kita menyediakan 13,000 guru termasuk sekurang-kurangnya 1,000 guru Bahasa Inggeris baru yang mahir," katanya.
Dalam pada itu, menjawab soalan Azmin Ali (PKR-Gombak) mengenai pengaruh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam keputusan kerajaan, Muhyiddin menjelaskan, bekas Perdana Menteri itu memahami keputusan yang dibuat oleh kepimpinan sekarang. Jelasnya, walaupun Dr. Mahathir tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI tetapi penentangan bekas Perdana Menteri itu tidak terlalu keras.
Dipetik dari Utusan
Tuesday, October 13, 2009
MESYUARAT PERKHEMAHAN 1 MALAYSIA
Tarikh : 14 Oktober 2009
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Gerakan SK Jengka 14
Monday, October 12, 2009
PROJECTOR PADA KAMERA DIGITAL
PERKEMBANGAN positif industri pengimejan terus dirancakkan menerusi pengenalan pelbagai fungsi dan teknologi canggih pada produk kamera digital. Semakin hari semakin banyak syarikat pengeluar kamera tampil menampilkan keunikan dan kecanggihan produk-produk mereka dengan tujuan memberi lebih pilihan dan pengalaman terbaik kepada pengguna.
Syarikat yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam industri berkenaan, Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd. (Nikon) baru-baru ini terus memacu kecemerlangan dengan memperkenalkan kamera digital kompak pertama di dunia dilengkapi projektor binaan dalam.
Fungsi yang ditawarkan pada model Coolpix S1000pj itu membolehkan paparan foto yang telah dirakam dapat ditonton secara beramai-ramai dan pada bila-bila masa.
Menurut Pengurus Besar Produk Pengguna Nikon, Stephen Ng, pengenalan produk tersebut menunjukkan komitmen syarikat itu yang sentiasa menawarkan produk berkualiti dan inovatif.
''Pengguna kini tidak hanya memandang kepada resolusi sesebuah kamera sebaliknya lebih mengambil kira tawaran ciri yang dapat memberi mereka keseronokan ketika menjalankan aktiviti fotografi.
''Justeru, melalui fungsi projektor pada model ini, pengguna dijamin dapat menikmati pengalaman paparan imej yang lebih mudah, selesa dan menarik bersama rakan-rakan,'' katanya ketika pelancaran model itu di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Melihat kepada ciri kamera tersebut, ia didatangkan bersama keupayaan rakaman 12.1 megapiksel dengan lima kali pemfokusan optik serta monitor LCD beresolusi tinggi 2.7 inci.
Aplikasi rakamannya juga dipertingkatkan melalui pilihan lima ciri penstabilan imej, pemilihan shot terbaik, sistem potret pintar dan pemilihan babak automatik.
Untuk menjalankan fungsi projektor, pengguna hanya perlu menekan butang khas dan kemudian menghalakan paparan imej atau video pada permukaan rata.
Dengan jarak pancaran dari 26 sentimeter (sm) hingga dua meter, projektor tersebut mampu memaparkan imej bersaiz antara lima hingga 40 inci dengan kualiti VGA bang memberi kepuasan tontonan.
Untuk memudahkan kawalan operasi dan navigasi projektor pula, kamera itu didatangkan bersama alat kawalan jauh serta tiang penyokong.
Dengan tawaran pilihan warna hitam dan silver, Nikon Coolpix S1000pj kini boleh diperoleh dengan harga pasaran RM1,498.
Dipetik dari Utusan
Wednesday, October 7, 2009
JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI
Thursday, September 17, 2009
PROGRAM TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN
Tuesday, September 15, 2009
GERBANG TERBAIK WINDOW 7
Ada yang menyatakan Microsoft mula panik dengan kegagalan Windows Vista menyebabkan mereka mahu memperkenalkan Windows 7 walaupun Vista baru setahun jagung berada di pasaran. Windows 7 dijangka menemui pengguna awal tahun depan pada asalnya dikenali dengan kod Blackcomb dan Vienna yang dikeluarkan menerusi dua versi iaitu kepada pengguna dan pelayan.
Kali ini, Microsoft menjanjikan kelainan untuk OS Windows 7 dengan mengatakan ia jauh terhandal serta penuh inovasi. Mungkin Microsoft terpaksa mengakui pengguna seluruh dunia lebih sayangkan Windows XP namun berdasarkan maklum balas orang ramai, Microsoft menjadikannya jauh lebih baik termasuk keupayaan penukaran program sehingga merekod televisyen.
Ia dikatakan memudahkan pelayaran komputer peribadi (PC) serta keupayaannya berhubung dengan dunia lain. Microsoft bersedia memperkenalkan kemuncak generasi perisian akan datang yang direka bagi mengatasi rungutan mengenai perisian OS Vista keluarannya yang memberikan persaingan kepada pesaing utamanya, Google.
Menurut penganalisis dari Redmond, sebuah syarikat perisian berpangkalan di Washington, Matt Rosoff berkata beliau menjangkakan Microsoft menghasilkan Windows 7 seawal tahun depan. Windows 7 direka bentuk untuk menjadikan semua tugasan harian membabitkan komputer lebih pantas dan menampilkan ciri baru sambil memfokus terhadap aplikasi dan kepelbagaian kesesuaian penggunaan perkakasan itu.
Rungutan mengenai Vista termasuk konfliknya dengan program lama. "Kami membawakan yang terbaik mengenai Web kepada Windows dan yang terbaik mengenai Windows kepada Web. "Daripada PC kepada Web seterusnya telefon dan dari pelayan kepada semua sistem lain, kami memfokus pengalaman penciptaan generasi seterusnya yang mengubah cara kita hidup, bekerja dan bermain," kata Ozzie.
Windows 7 mempunyai ciri yang memudahkan tugasan harian antaranya:
1. Taskbar diperbaharui dengan previu skrin penuh
Taskbar yang terletak di bahagian bawah skrin digunakan untuk melancarkan program dan menukarnya apabila ia dibuka. Ini bermakna anda akan dapat melihat visual ikon dipilih sebelum membukanya.
2. Pembaharuan desktop
Ia memberi peluang kepada anda menyusun ikon di permukaan skrin termasuk membukanya, menutup, mengubah saiz dan mengemaskininya.
3. Carian Windows
Windows 7 memudahkan carian subjek dalam PC dengan membahagikannya mengikut segmen tertentu seperti dokumen dan muzik dengan satu klik saja.
4. Internet Explorer 8
Semestinya ia diperbaharui bagi memudahkan pelayaran 'online' pantas seperti alamat bar, carian, 'tabs' dan bar 'Favorites.'
5. Pengurusan perkakasan lebih baik. Kalau dulu, sebarang ikon di My Computer agak 'kosong' tanpa grafik namun dengan keupayaan Windows 7 baru, ia mampu mengecam perkakasan yang disambungkan ke PC.
Kali ini, Microsoft juga mahu mengurangkan sistem amaran membabitkan 'pop-up' memberi ingatan kepada pengguna walaupun ia tidak serius berbanding pop-up yang sering terpampang. Bagai bulan jatuh ke riba apabila mendengar ciri hiburan menggunakan Windows 7 yang bersedia untuk menampilkan fungsi ajaibnya terutama membabitkan televisyen menggunakan PC, filem dan video. Ia membabitkan penukaran besar-besaran antaramuka hiburan yang memberi impak kepada emosi pengguna ketika berhibur.
Tidak dilupakan, Windows 7 dijangka akan menitikberatkan fungsi skrin sesentuh yang kian didapati dalam mana-mana perkakasan di dunia ini menjadikannya lebih mesra pengguna. Kehadiran Windows 7 bertepatan dengan aplikasi sentuhan seperti hasil kajian menyentuh hubungan antara pengguna dan mesin yang dijelaskan secara disiplin ilmu dalam Interaksi manusia-komputer (Human-Computer Interaction-HCI). Ia mengkaji komunikasi atau interaksi antara pengguna dengan sistem termasuk berkaitan UI serta skrin sesentuh. Model interaksi antara pengguna dengan sistem membabitkan tiga komponen iaitu pengguna, interaksi dan sistem itu sendiri. Interaksi terbabit mewujudkan sistem yang mudah digunakan, memberi keselesaan kepada pengguna, mudah dipelajari dan sebagainya.
Sistem UI yang membabitkan skrin sesentuh menggabungkan elemen komunikasi apabila pengguna boleh berinteraksi dengan produk terbabit melaluinya seperti ditonjolkan Windiws 7 kelak.
Menurut nama yang tidak asing dalam bidang komputer iaitu Bill Gates ketika mengulas mengenainya berkata Windows 7 bermaksud jika anda beralih dari satu PC ke PC yang lain, anda perlu memasang aplikasi satu demi satu serta mengemaskini setiap satunya.
"Memindahkan maklumat sangat leceh namun ia boleh diselesaikan menggunakan Perkhidmatan Live untuk mengetahui kemahuan anda.
"Jadi, walaupun anda menggunakan kios atau menumpang PC seseorang, kami boleh membawa laman web anda, fail anda, jenis tulisan anda, kegemaran anda dan apa saja. Jadi itulah bentuk perkara berpusatkan pengguna yang Perkhidmatan Live boleh lakukan," katanya.
Jangan terkejut dengan kemunculan Windows 7 nanti yang pastinya lebih berinovasi dan penjadi pelopor kemajuan manusia.
Sejauh manakah kita mampu menerimanya?
Dipetik dari INFO ICT
Monday, September 14, 2009
HINDARI BERMAIN MERCUN
BEZA QUICK FORMAT DAN FULL FORMAT
Quick Format akan membuang data, tetapi tidak mengimbas sektor yang rosak. Sebab itulah ia dilakukan dengan pantas. Sekiranya anda seorang yang kurang sabar, lakukan Quick Format tapi apabila selesai, lancarkan ‘scandisk’ untuk mengimbas sektor rosak.
Wednesday, September 9, 2009
UPSR BERMULA HARI INI
Saturday, August 22, 2009
HUBUNGI KAMI :
Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 14
26400 Bandar Jengka, Pahang
No Tel/Fax : 09-4663702
Thursday, August 20, 2009
SELAMAT BERPUASA
Wednesday, August 19, 2009
BULAN KEMERDEKAAN
Tuesday, August 18, 2009
PIAGAM PELANGGAN
Perkhidmatan yang sempurna dilaksanakan melalui Pemuafakatan, keprihatinan dan berbudi bahasa serta memahami kehendak-kehendak pelanggan.
LAGU SEKOLAH
Sekolah Jengka 14
Terus maju dan jaya
Mencapai cita-cita mulia
Demi harapan bangsa
Menjalin berpadu tenaga
Usaha hingga berjaya
Menjalin semangat bersama
Aman di Felda Raya
Mari semua kita berikrar
Sehati dan sejiwa
Semangat murni berjiwa suci
Sematkanlah di hati
BENDERA SEKOLAH
Warna Biru - Melambangkan kesepaduan seluruh masyarakat sekolah dalam usaha memberikan pendidikan yang sempurna ke arah mencapai kecemerlangan yang berterusan.
Warna Kuning - Melambangkan kesetiaan seluruh warga sekolah terhadap raja dan negara.
Garis lengkung - Melambangkan perkembangan pendidikan sekolah yang terus mencapai kejayaan dan kecemerlangan dari masa ke semasa.
Thursday, August 13, 2009
PANDUAN PENGECAMAN VIRUS KOMPUTER YANG TULEN
Oleh demikian, disertakan beberapa langkah asas untuk kita memastikan fail komputer tersebut adalah benar-benar virus atau ia disalah tafsir oleh perisian anti virus atau pengimbas virus.Sekiranya berlaku pengulangan infeksi virus komputer, ini mungkin berlaku disebabkan oleh pengesanan semula malware yang tidak aktif yang telah dihantar kembali ke satu lokasi yang lain atau diletakkan kembali ke dalam direktori atau folder bagi System Restore.
Jadi, beberapa tindakan berikut perlu dilaksanakan seperti berikut:-
- Buang virus daripada servis System Restore.
- Buang semua fail dalam Temporary Internet Files dan Cookies.
- Kosongkan direktori bagi Internet History
Ia boleh memberi makna yang penting dan pelbagai kerana asal-usul fail yang berisiko tinggi adalah berpunca daripada sumber-sumber berikut:-
- Sisipan fail dalam mesej e-mel.
- Fail yang dimuat turun daripada rangkaian perkongsian fail seperti BitTorrent.
- Fail yang dimuat turun secara tidak sengaja setelah mengklik sesuatu alamat sambungan dalam e-mel, web atau Instant Messenger.
Adakah fail tersebut anda mahu, perlu atau dijangka untuk dapatkannya? Ia penting kerana apa sahaja fail yang anda dapat secara tidak sengaja dikategorikan sebagai berisiko tinggi dan ia bersifat pengacau. Sekiranya fail tersebut anda muat turun secara tidak sengaja dan ia tidak diperlukan, buang sahaja ia secara kekal.
Pemilihan terhadap apa yang boleh dilarikan dalam sistem adalah penting dalam meminimumkan risiko berlakunya infeksi virus ini.
Namun begitu, sekiranya fail tersebut anda perlukan tetapi ia dicam sebagai virus oleh perisian anti virus. Maka, langkah seterusnya perlu diambil dengan membuat pengimbasan semula dengan perisian yang lain.
Pengimbasan Semula
Pengimbasan semula fail tersebut dengan perisian anti virus yang lain perlu dibuat. Lebih banyak perisian yang digunakan ia lebih baik.
Ia juga boleh dilakukan secara atas talian dengan menggunakan lebih daripada satu jenis pengimbas. Seperti laman web VirusTotal, ia akan mengimbas fail tersebut dengan lebih daripada 30 jenis pengimbas. Alamatnya, http://www.virustotal.com.
Hasilnya kita boleh buat penilaian dengan andaian sekiranya kebanyakkan perisian pengimbas mengatakan itu virus. Maka, kita terima kenyataan itu.
Sekiranya, sebalik pula yang berlaku, fail tersebut berkemungkinan adalah virus yang belum dikemaskini oleh kebanyakkan perisian pengimbas atau berlaku positif palsu dalam pengimbasan iaitu fail tersebut bukannya virus.
Penelitian Fail Secara Format MD5
Fail boleh dinamakan dengan pelbagai penipuan tetapi dengan format MD5 Checksum amat jarang dibuat penipuan. MD5 merupakan satu kaedah penyembunyian data secara kriptografi yang unik untuk sesebuah fail komputer. Terdapat beberapa perisian atau sistem yang boleh digunakan untuk dapatkan format MD5 bagi sesebuah fail seperti menerusi laman web Virustotal atau utiliti percuma, Elgorithm di http://www.elgorithms.com. Setelah mendapatkan fail tersebut secara format MD5, letakkan ia ke mana-mana enjin carian yang biasa kita gunakan dan lihat hasilnya.
Pengecaman Tingkah Laku Fail
Sekiranya semua langkah-langkah yang sebelumnya sudah diambil dan anda masih merasa tidak puas hati, maka, langkah yang terakhir ini boleh dibuat iaitu dengan melakukan pengecaman tingkah laku fail secara atas talian untuk pastikan ia adalah benar-benar virus atau pun tidak. Ia boleh dibuat dengan menggunakan laman web utiliti komputer seperti ThreatExpert di http://www.threatexpert.com atau CSSandbox di http://www.cwsandbox.org. Langkah terakhir ini memerlukan seorang pakar IT dalam bidang virus atau keselamatan IT untuk melakukan pentaksiran hasilnya.