Hari ini 8 september 2009 telah bermula ujian pencapaian sekolah rendah (UPSR) yang dijalankan serentak di seluruh negara. Mata pelajaran yang dijadualkan berlangsung pada hari ini adalah Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan dan Matematik (Kertas 2). Pada hari esok para pelajar akan menghadapai ujian Matematik (Kertas 1) diikuti Bahasa Inggeris dan Sains pada hari Khamis. Sebelum masuk ke dewan peperiksaan pelajar-pelajar diberikan sedikit taklimat ringkas dan amanat daripada guru-guru. Ujian akan tamat pada khamis, 10 september 2009. Selamat berjuang kepada semua calon UPSR SKJ14.
No comments:
Post a Comment