Monday, September 14, 2009

HINDARI BERMAIN MERCUN

Aidilfitri bakal menjelma beberapa hari lagi. Suasananyakian terasa dengan pelbagai kegiatan dan persiapan bagi menyambut harimulia ini. Namun tidak kurangnya dengan kejadian-kejadian buruk yang menimpapara pelajar dan remaja kita yang lazimnya berlaku setiap tahun. Meskipundipaparkan di media, ia seakan-akan tidak menjadi iktibar kepada para pelajardek terlalu lalai dengan keseronokan bermain mercun. Tahun ini seorang pelajarlelaki berusia 14 tahun, hilang jari manis, hancur sebahagian jari hantu dantelunjuk serta patah ibu jari tangan kanan gara-gara bermain mercun buatansendiri. Kejadian malangini juga turut menimpa seorang budak perempuan berusia enam tahun yang putustiga jari tangan kanannya yang turut hancur terkena letupan mercun bola. Semogakejadian ini menjadi pengajaran kepada pelajar-pelajar semua. Jangan bermainmercun kerana ia bukan sahaja merugikan wang ringgit, malah mengundang padah.Semoga aidilfitri tahun ini lebih bermakna kepada kita semua. SALAM AIDILFITRI.MAAF ZAHIR DAN BATIN.

No comments:

Post a Comment