Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk
solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu
bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki
dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan
bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwuduk' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wuduk' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wuduk' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota
wuduk' dengan air. Sementara wuduk' batin ialah membasuh anggota dengan
tujuh perkara :-
1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua
anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan
aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di
sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula
bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku
berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku ruku' dan
sujud dengan tawaduk, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku
memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
No comments:
Post a Comment