Kata Kumail, "Saya bersama-sama Ali telah berjalan ke arah padang pasir pada suatu
hari. Dia telah mendekati tanah perkuburan yang terdapat di situ sambil berkata, "Ya
ahli-ahli kubur ! Wahai kamu yang telah menghuni di tempat sunyi ini !
Bagaimanakah keadaan kamu di dunia sana ?Setahu kami segala harta
peninggalan kamu telah habis dibahagi-bahagikan, anak-anak kamu telah menjadi
yatim dan janda-janda yang kamu tinggalkan telah pun berkahwin semula.
Sekarang ceritakan sedikit perihal diri kamu."
Kemudian sambil menoleh kepada saya, dia berkata, "Ya Kumail! Seandainya mereka
boleh bercakap sudah tentu mereka akan mengatakan sebaik-baik bekalan ialah
takwa." Airmata berhamburan dari kedua-dua belah matanya. Katanya lagi, "Ya
Kumail, perkuburan merupakan tempat menyimpan segala perbuatan manusia.
Tetapi kita menyedari hakikat ini hanya selepas memasukinya."
Mengikut sebuah hadis tiap-tiap manusia akan menemui perbuatan-perbuatannya yang
baik. Perbuatan-perbuatan baiknya itu akan berupa seorang manusia yang akan menjadi
sahabat dan penawar hatinya. Sebaliknya kejahatan-kejahatannya akan berupa seekor
binatang yang hodoh yang mengeluarkan bau yang busuk dan yang menambahkan
kesengsaraannya. Nabi s.a.w telah bersabda dalam sebuah hadis, "Hanya tiga benda
saja yang mengikuti seseorang ke kuburnya; harta-bendanya, kaum kerabatnya dan
amal perbuatannya. Harta benda dan akrib kerabatnya akan kembali selepas upacara
pengkebumiannya. Yang tinggal bersama-samanya hanyalah amalannya saja."
Pada suatu hari Nabi s.a.w telah bertanya kepada para sahabatnya, "Tahukah kamu
tentang perhubunganmu dengan saudara-maramu, kekayaan dan amal
perbuatanmu ?"
Sahabat-sahabat semua ingin mendengar penjelasan baginda. Nabi pun berkata, "Perhubungan itu bolehlah diumpamakan dengan perhubungan seorang manusia
dengan tiga orang adik-beradiknya. Apabila manusia hampir-hampir hendak mati dia
pun memanggil salah seorang daripada saudara-saudaranya tadi lalu berkata, "Saudara, engkau tahu keadaan aku bukan ? Apakah pertolongan yang dapat
engkau berikan aku ?" Saudaranya menjawab, "Aku akan memanggil doktor untuk
merawati kamu dan aku akan menjaga kamu. Kalau engkau mati, aku akan
mandikan kamu, mengapankan kamu serta mengusung jenazahmu ke perkuburan.
Kemudian aku akan mendoakan kamu. Saudaranya ini ialah kaum kerabatnya.
Soalan yang sama dikemukakan kepada saudaranya yang kedua. Jawapannya begini, "Aku akan berada bersama-sama dengan engkau selama engkau masih bernyawa.
Sebaik-baik saja engkau meninggal, aku akan pergi kepada orang lain."
Saudaranya yang kedua ini ialah harta kekayaannya. Apabila soalan itu dihadapkan
kepada saudaranya yang ketiga, dia menjawab, "Aku tidak akan meninggalkan kamu
walaupun di dalam kubur. Aku akan bersama-sama kamu ke tempat itu. Ketika
amal perbuatanmu dipertimbangkan, aku akan memberatkan perbuatanmu yang
baik." Saudara yang terakhir ini ialah kebaktian yang telah diperbuatkan. Sekarang yang
mana satu yang menjadi pilihanmu ?" Jawab para sahabat, "Ya Rasulullah tidak syak
lagi yang saudaranya yang terakhir ialah yang paling berguna untuk dirinya."
No comments:
Post a Comment