Wednesday, October 7, 2009

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Pada hari jumaat yang lalu, SKJ14 telah mengadakan jamuan hari raya aidilfitri. Majlis tampak berseri dengan seluruh warga menggayakan baju kurung serta berbaju melayu. Pelbagai juadah dan hidangan turut disediakan antaranya, lemang, rendang, lontong serta kuih raya beraneka jenis. Sekolah telah menjemput wakil Pengurus Felda bagi sama-sama memeriahkan majlis ini. Majlis juga diserikan dengan persembahan lagu raya daripada pelajar-pelajar serta tarian daripada murid pra-sekolah. Terima kasih kepada guru-guru dan staf yang menjayakan majlis ini.


No comments:

Post a Comment