Thursday, October 22, 2009

JAMUAN TAHUNAN TAHUN 6

Pada 21 Oktober 2009, Tahun 6 telah mengadakan Majlis jamuan tahunan bertempat di dewan sekolah. Semua guru, staff, Yang Dipertua PIBG serta wakil Pengurus Felda telah dijemput bagi memeriahkan majlis ini. Bermula jam 12.30 tengah hari, para jemputan mula memasuki dewan yang dihiasi indah di samping alunan muzik yang menceriakan lagi suasana. Majlis dimulakan dengan bacaan doa daripada Ustaz Mohd Norjefri, ucapan wakil murid Tahun 6 oleh adik Nik Mohamad Syamil dan ucapan Guru Besar. Sambil menjamu selera majlis telah diserikan dengan persembahan koir daripada pelajar tahun 6 yang dipimpin oleh Teacher Syaidatul Aizam. Majlis berakhir pada jam 2 petang.Terima kasih kepada guru-guru dan pelajar tahun 6 yang telah berjaya mengadakan majlis ini. Tahniah dan syabas kerana menjadikan majlis tersebut begitu indah dan mungkin menjadi kenangan di SKJ 14 yang sentiasa diingati kalian semua.

No comments:

Post a Comment