Thursday, October 22, 2009
JAMUAN TAHUNAN TAHUN 6
Wednesday, October 21, 2009
PEMANSUHAN PPSMI MUNGKIN 2011
KUALA LUMPUR 20 Okt. - Pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk murid tahun satu mungkin dipercepatkan setahun iaitu mulai 2011. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, keputusan itu bergantung kepada persediaan melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan PPSMI yang dijadual bermula 2012. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah menyegerakan pemansuhan PPSMI itu hanya dapat dilaksanakan jika keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi pelaksanaan MBMMBI siap sebelum akhir 2010.
"Kementerian sedang meneliti kemungkinan melaksanakannya (MBMMBI) mulai 2011 bagi murid tahun satu.
"Namun ia bergantung sama ada bilangan guru mencukupi, kesediaan kurikulum baru dan buku teks untuk mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dapat disiapkan sebelum akhir 2010," katanya.
Muhyiddin berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd. Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) mengenai rasional kerajaan menunggu sehingga 2012 untuk memansuhkan PPSMI pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Timbalan Perdana Menteri menjelaskan pemansuhan PPSMI bagi murid tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat pula kekal pada 2012 bagi membolehkan kementerian membuat persiapan rapi sebelum memulakan MBMMBI.
Menjawab soalan tambahan Mohd. Nor, Muhyiddin menegaskan, keputusan memansuhkan PPSMI adalah muktamad dan kerajaan tidak akan kembali meneruskan dasar berkenaan. Beliau berkata, komitmen kerajaan yang bersetuju supaya PPSMI dimansuhkan tidak perlu diragui semua pihak walaupun ia hanya akan berkuat kuasa mulai tahun 2012.
"Ini adalah keputusan yang muktamad. Jadi apa pun keadaan kita telah menyatakan kesediaan untuk tidak kembali kepada dasar lama iaitu meneruskan PPSMI.
"Segala persiapan telah mula dilakukan mulai sekarang dan saya beri jaminan walaupun PPSMI hanya akan dimansuhkan mulai 2012, insya-Allah ia akan dapat dilaksanakan dengan jayanya," katanya.
Muhyiddin berkata, tempoh tersebut ditetapkan kerana kerajaan memerlukan masa untuk membuat semua persiapan sebelum MBMMBI dilaksanakan. Jelasnya, persiapan itu penting kerana kerajaan telah belajar daripada pengalaman lalu apabila tempoh terlalu singkat iaitu hanya enam bulan sebelum melaksanakan PPSMI menyebabkan pelbagai masalah timbul.
"Dasar baru ini memerlukan kita menyediakan 13,000 guru termasuk sekurang-kurangnya 1,000 guru Bahasa Inggeris baru yang mahir," katanya.
Dalam pada itu, menjawab soalan Azmin Ali (PKR-Gombak) mengenai pengaruh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam keputusan kerajaan, Muhyiddin menjelaskan, bekas Perdana Menteri itu memahami keputusan yang dibuat oleh kepimpinan sekarang. Jelasnya, walaupun Dr. Mahathir tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI tetapi penentangan bekas Perdana Menteri itu tidak terlalu keras.
Dipetik dari Utusan
Tuesday, October 13, 2009
MESYUARAT PERKHEMAHAN 1 MALAYSIA
Tarikh : 14 Oktober 2009
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Gerakan SK Jengka 14
Monday, October 12, 2009
PROJECTOR PADA KAMERA DIGITAL
PERKEMBANGAN positif industri pengimejan terus dirancakkan menerusi pengenalan pelbagai fungsi dan teknologi canggih pada produk kamera digital. Semakin hari semakin banyak syarikat pengeluar kamera tampil menampilkan keunikan dan kecanggihan produk-produk mereka dengan tujuan memberi lebih pilihan dan pengalaman terbaik kepada pengguna.
Syarikat yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam industri berkenaan, Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd. (Nikon) baru-baru ini terus memacu kecemerlangan dengan memperkenalkan kamera digital kompak pertama di dunia dilengkapi projektor binaan dalam.
Fungsi yang ditawarkan pada model Coolpix S1000pj itu membolehkan paparan foto yang telah dirakam dapat ditonton secara beramai-ramai dan pada bila-bila masa.
Menurut Pengurus Besar Produk Pengguna Nikon, Stephen Ng, pengenalan produk tersebut menunjukkan komitmen syarikat itu yang sentiasa menawarkan produk berkualiti dan inovatif.
''Pengguna kini tidak hanya memandang kepada resolusi sesebuah kamera sebaliknya lebih mengambil kira tawaran ciri yang dapat memberi mereka keseronokan ketika menjalankan aktiviti fotografi.
''Justeru, melalui fungsi projektor pada model ini, pengguna dijamin dapat menikmati pengalaman paparan imej yang lebih mudah, selesa dan menarik bersama rakan-rakan,'' katanya ketika pelancaran model itu di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Melihat kepada ciri kamera tersebut, ia didatangkan bersama keupayaan rakaman 12.1 megapiksel dengan lima kali pemfokusan optik serta monitor LCD beresolusi tinggi 2.7 inci.
Aplikasi rakamannya juga dipertingkatkan melalui pilihan lima ciri penstabilan imej, pemilihan shot terbaik, sistem potret pintar dan pemilihan babak automatik.
Untuk menjalankan fungsi projektor, pengguna hanya perlu menekan butang khas dan kemudian menghalakan paparan imej atau video pada permukaan rata.
Dengan jarak pancaran dari 26 sentimeter (sm) hingga dua meter, projektor tersebut mampu memaparkan imej bersaiz antara lima hingga 40 inci dengan kualiti VGA bang memberi kepuasan tontonan.
Untuk memudahkan kawalan operasi dan navigasi projektor pula, kamera itu didatangkan bersama alat kawalan jauh serta tiang penyokong.
Dengan tawaran pilihan warna hitam dan silver, Nikon Coolpix S1000pj kini boleh diperoleh dengan harga pasaran RM1,498.
Dipetik dari Utusan