Monday, February 8, 2010

PROGRAM MERENTAS DESA

Program Merentas Desa Tahun 2010 telah diadakan dengan jayanya pada hari Sabtu (12 Februari 2010) bermula jam 8.00 pagi. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang sukan, membina semangat kesukanan di samping dapat menyumbang markah kepada rumah sukan masing-masing (Merah, Biru, Hijau dan Kuning). Pada awal pagi pelajar telah berkumpul mengikut rumah sukan dan dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan. Larian bermula mengikut kategori dan En. Mohd Nor (Guru Besar SKJ14) telah melepaskan larian tersebut. Acara tamat pada pukul 10.00 pagi dan pada pukul 11.00 pagi pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa. Tahniah kepada mereka yang telah berjaya sekaligus menyumbang markah kepada rumah sukan masing-masing.   

No comments:

Post a Comment