Monday, February 8, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 telah diadakan pada 5 Februari 2010 di Dewan SK Jengka 14. Mesyuarat bermula pada pukul 2.45 petang dan telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Zainul Abidin Bin Hj. Daud, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Maran. Majlis bermula dengan bacaan doa dan ucapan daripada YDP PIBG, Guru besar seterusnya perasmian oleh Tn. Hj Zainul. Antara agenda yang diadakan adalah pembentangan Laporan Tahunan sesi 2009/2010, Laporan Kewangan 2009 di samping membahaskan usul serta perkara berbangkit. Mesyuarat juga telah melantik jawatankuasa 2009-2010 yang baru. Tn. Hj Daud Bin Hitam kekal sebagai YDP PIBG manakala Naib YDP, mesyuarat telah sebulat suara memilih En. Nordin Bin Janggi. Selain itu, seramai 10 orang AJK PIBG dilantik di kalangan ibu bapa dan guru. Jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir dan tahniah kepada AJK yang telah dilantik. Selamat menjalankan tanggungjawab bagi kecemerlangan para pelajar SK Jengka 14. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment