Pada hari terakhir persekolahan di bulan Ramadhan SK Jengka 14 telah mengadakan program Tadarus dan Khatam Al-Quran. Majlis telah bermula pada pukul 10.45 pagi bertempat di dewan sekolah. Acara dimulakan dengan khatam al-quran yang disertai oleh pelajar-pelajar Tahun 6 dan dibimbing oleh Ustaz Norjefri bin Mat Midin. Selesai acara tersebut, majlis telah diserikan dengan alunan nasyid daripada pelajar tahun 6 serta zikir beramai-ramai. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan Guru Besar dan penyampaian hadiah kepada peserta Khatam Al-Quran serta sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim. Majlis diakhiri dengan acara bersalam-salaman dan memohon maaf antara murid dan guru.
Thursday, September 17, 2009
Tuesday, September 15, 2009
GERBANG TERBAIK WINDOW 7
Selepas beberapa kontroversi dan kritikan yang dilontarkan mengenai prestasi Windows Vista yang dikeluarkan syarikat gergasi sistem operasi (OS) iaitu Microsoft, mereka terus beralih kepada produk seterusnya, Windows 7.
Ada yang menyatakan Microsoft mula panik dengan kegagalan Windows Vista menyebabkan mereka mahu memperkenalkan Windows 7 walaupun Vista baru setahun jagung berada di pasaran. Windows 7 dijangka menemui pengguna awal tahun depan pada asalnya dikenali dengan kod Blackcomb dan Vienna yang dikeluarkan menerusi dua versi iaitu kepada pengguna dan pelayan.
Kali ini, Microsoft menjanjikan kelainan untuk OS Windows 7 dengan mengatakan ia jauh terhandal serta penuh inovasi. Mungkin Microsoft terpaksa mengakui pengguna seluruh dunia lebih sayangkan Windows XP namun berdasarkan maklum balas orang ramai, Microsoft menjadikannya jauh lebih baik termasuk keupayaan penukaran program sehingga merekod televisyen.
Ia dikatakan memudahkan pelayaran komputer peribadi (PC) serta keupayaannya berhubung dengan dunia lain. Microsoft bersedia memperkenalkan kemuncak generasi perisian akan datang yang direka bagi mengatasi rungutan mengenai perisian OS Vista keluarannya yang memberikan persaingan kepada pesaing utamanya, Google.
Versi Windows 7 yang sedang dibangunkan itu dipertontonkan di California pada satu Persidangan Pembangun Profesional mengandungi beberapa sesi yang mana pakar perisian boleh mendapatkan gambaran mengenai sistem operasi Microsoft yang akan datang. Ketua Arkitek Perisian Microsoft, Ray Ozzie, berkata syarikatnya melabur besar untuk platform Windows 7 dan berbangga dengan sasarannya selepas ini. "Antara ciri kelebihan Windows 7 termasuk membolehkan orang ramai menjadikan komputer lebih menuruti kehendaknya dan menyediakan rangkaian yang boleh dihubungkan dengan telefon mudah alih, pencetak, gambar digital, komputer dan perkakasan pintar lain," katanya.
Menurut penganalisis dari Redmond, sebuah syarikat perisian berpangkalan di Washington, Matt Rosoff berkata beliau menjangkakan Microsoft menghasilkan Windows 7 seawal tahun depan. Windows 7 direka bentuk untuk menjadikan semua tugasan harian membabitkan komputer lebih pantas dan menampilkan ciri baru sambil memfokus terhadap aplikasi dan kepelbagaian kesesuaian penggunaan perkakasan itu.
Rungutan mengenai Vista termasuk konfliknya dengan program lama. "Kami membawakan yang terbaik mengenai Web kepada Windows dan yang terbaik mengenai Windows kepada Web. "Daripada PC kepada Web seterusnya telefon dan dari pelayan kepada semua sistem lain, kami memfokus pengalaman penciptaan generasi seterusnya yang mengubah cara kita hidup, bekerja dan bermain," kata Ozzie.
Windows 7 mempunyai ciri yang memudahkan tugasan harian antaranya:
1. Taskbar diperbaharui dengan previu skrin penuh
Taskbar yang terletak di bahagian bawah skrin digunakan untuk melancarkan program dan menukarnya apabila ia dibuka. Ini bermakna anda akan dapat melihat visual ikon dipilih sebelum membukanya.
2. Pembaharuan desktop
Ia memberi peluang kepada anda menyusun ikon di permukaan skrin termasuk membukanya, menutup, mengubah saiz dan mengemaskininya.
3. Carian Windows
Windows 7 memudahkan carian subjek dalam PC dengan membahagikannya mengikut segmen tertentu seperti dokumen dan muzik dengan satu klik saja.
4. Internet Explorer 8
Semestinya ia diperbaharui bagi memudahkan pelayaran 'online' pantas seperti alamat bar, carian, 'tabs' dan bar 'Favorites.'
5. Pengurusan perkakasan lebih baik. Kalau dulu, sebarang ikon di My Computer agak 'kosong' tanpa grafik namun dengan keupayaan Windows 7 baru, ia mampu mengecam perkakasan yang disambungkan ke PC.

Microsoft juga berusaha mengenal pasti keupayaan prestasinya yang dipertingkat menerusi Windows 7 agar ia tidak berkompromi dengan kehendak pengguna. Melalui sistem baru di bawah Windows 7, PC akan dibuka, ditutup, bersedia dan memberi respons dengan pantas yang mendapat maklum balas daripada pengguna sebelum ini. Selain itu, ia jauh berbeza dengan Windows XP apabila Microsoft memajukan jangka hayat bateri dengan menambah sistem penjimatan tenaga untuk kecerahan paparan dan penggunaan tenaga minimum untuk memainkan pemain DVD.
Kali ini, Microsoft juga mahu mengurangkan sistem amaran membabitkan 'pop-up' memberi ingatan kepada pengguna walaupun ia tidak serius berbanding pop-up yang sering terpampang. Bagai bulan jatuh ke riba apabila mendengar ciri hiburan menggunakan Windows 7 yang bersedia untuk menampilkan fungsi ajaibnya terutama membabitkan televisyen menggunakan PC, filem dan video. Ia membabitkan penukaran besar-besaran antaramuka hiburan yang memberi impak kepada emosi pengguna ketika berhibur.
Tidak dilupakan, Windows 7 dijangka akan menitikberatkan fungsi skrin sesentuh yang kian didapati dalam mana-mana perkakasan di dunia ini menjadikannya lebih mesra pengguna. Kehadiran Windows 7 bertepatan dengan aplikasi sentuhan seperti hasil kajian menyentuh hubungan antara pengguna dan mesin yang dijelaskan secara disiplin ilmu dalam Interaksi manusia-komputer (Human-Computer Interaction-HCI). Ia mengkaji komunikasi atau interaksi antara pengguna dengan sistem termasuk berkaitan UI serta skrin sesentuh. Model interaksi antara pengguna dengan sistem membabitkan tiga komponen iaitu pengguna, interaksi dan sistem itu sendiri. Interaksi terbabit mewujudkan sistem yang mudah digunakan, memberi keselesaan kepada pengguna, mudah dipelajari dan sebagainya.

Satu kajian terpenting dalam bidang HCI adalah UI yang menjadi sebahagian sistem yang akan dikendalikan oleh pengguna untuk mencapai dan melaksanakan fungsi sesuatu sistem. Tidak dinafikan juga ia dianggap sebagai jumlah keseluruhan keputusan reka bentuk.
Sistem UI yang membabitkan skrin sesentuh menggabungkan elemen komunikasi apabila pengguna boleh berinteraksi dengan produk terbabit melaluinya seperti ditonjolkan Windiws 7 kelak.
Menurut nama yang tidak asing dalam bidang komputer iaitu Bill Gates ketika mengulas mengenainya berkata Windows 7 bermaksud jika anda beralih dari satu PC ke PC yang lain, anda perlu memasang aplikasi satu demi satu serta mengemaskini setiap satunya.
"Memindahkan maklumat sangat leceh namun ia boleh diselesaikan menggunakan Perkhidmatan Live untuk mengetahui kemahuan anda.
"Jadi, walaupun anda menggunakan kios atau menumpang PC seseorang, kami boleh membawa laman web anda, fail anda, jenis tulisan anda, kegemaran anda dan apa saja. Jadi itulah bentuk perkara berpusatkan pengguna yang Perkhidmatan Live boleh lakukan," katanya.
Jangan terkejut dengan kemunculan Windows 7 nanti yang pastinya lebih berinovasi dan penjadi pelopor kemajuan manusia.
Sejauh manakah kita mampu menerimanya?
Dipetik dari INFO ICT

Monday, September 14, 2009
HINDARI BERMAIN MERCUN
Aidilfitri bakal menjelma beberapa hari lagi. Suasananyakian terasa dengan pelbagai kegiatan dan persiapan bagi menyambut harimulia ini. Namun tidak kurangnya dengan kejadian-kejadian buruk yang menimpapara pelajar dan remaja kita yang lazimnya berlaku setiap tahun. Meskipundipaparkan di media, ia seakan-akan tidak menjadi iktibar kepada para pelajardek terlalu lalai dengan keseronokan bermain mercun. Tahun ini seorang pelajarlelaki berusia 14 tahun, hilang jari manis, hancur sebahagian jari hantu dantelunjuk serta patah ibu jari tangan kanan gara-gara bermain mercun buatansendiri. Kejadian malang ini juga turut menimpa seorang budak perempuan berusia enam tahun yang putustiga jari tangan kanannya yang turut hancur terkena letupan mercun bola. Semogakejadian ini menjadi pengajaran kepada pelajar-pelajar semua. Jangan bermainmercun kerana ia bukan sahaja merugikan wang ringgit, malah mengundang padah.Semoga aidilfitri tahun ini lebih bermakna kepada kita semua. SALAM AIDILFITRI.MAAF ZAHIR DAN BATIN.
BEZA QUICK FORMAT DAN FULL FORMAT
Apabila kita membuat Full Format, semua data akan dibuang dan imbasan akan dilakukan ke atas sektor yang rosak. Ia akan memastikan data tidak akan ditulis di atas sektor yang rosak. Bagaimanapun, imbasan sektor rosak itu akan mengambil masa.
Quick Format akan membuang data, tetapi tidak mengimbas sektor yang rosak. Sebab itulah ia dilakukan dengan pantas. Sekiranya anda seorang yang kurang sabar, lakukan Quick Format tapi apabila selesai, lancarkan ‘scandisk’ untuk mengimbas sektor rosak.

Wednesday, September 9, 2009
UPSR BERMULA HARI INI
Hari ini 8 september 2009 telah bermula ujian pencapaian sekolah rendah (UPSR) yang dijalankan serentak di seluruh negara. Mata pelajaran yang dijadualkan berlangsung pada hari ini adalah Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan dan Matematik (Kertas 2). Pada hari esok para pelajar akan menghadapai ujian Matematik (Kertas 1) diikuti Bahasa Inggeris dan Sains pada hari Khamis. Sebelum masuk ke dewan peperiksaan pelajar-pelajar diberikan sedikit taklimat ringkas dan amanat daripada guru-guru. Ujian akan tamat pada khamis, 10 september 2009. Selamat berjuang kepada semua calon UPSR SKJ14.
Subscribe to:
Posts (Atom)