Nabi Musa AS memiliki umat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-
panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang
miskin datang menghadap Nabi Musa AS. Ia begitu miskinnya pakaiannya compang-
camping dan sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda
Musa AS, "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT
permohonanku ini agar Allah SWT menjadikan aku orang yang kaya. Nabi Musa AS
tersenyum dan berkata kepada orang itu, "saudaraku, banyak-banyaklah kamu
bersyukur kepada Allah SWT. Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata,
Bagaimana aku mahu banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku
gunakan pun hanya satu lembar ini saja"!. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa
mendapatkan apa yang diinginkannya. Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang
menghadap Nabi Musa AS. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia
berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT
permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa
terganggu dengan hartaku itu. Nabi Musa AS pun tersenyum, lalu ia berkata, "wahai
saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah SWT. Ya Nabiullah, bagaimana aku
tidak bersyukur kepada Alah SWT?. Allah SWT telah memberiku mata yang dengannya
aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah SWT telah
memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang
dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya", jawab si
kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya
itu semakin Allah SWT tambah kekayaannya karena ia selalu bersyukur. Dan si miskin
menjadi bertambah miskin. Allah SWT mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si
miskin itu tidak memiliki selembar pakaian pun yang melekat di tubuhnya. Ini semua
karena ia tidak mahu bersyukur kepada Allah SWT.
Wednesday, April 8, 2009
RAHSIA KHUSYUK DALAM SOLAT
Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk
solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu
bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki
dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan
bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwuduk' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wuduk' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wuduk' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota
wuduk' dengan air. Sementara wuduk' batin ialah membasuh anggota dengan
tujuh perkara :-
1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua
anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan
aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di
sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula
bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku
berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku ruku' dan
sujud dengan tawaduk, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku
memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
RELA DIMASUKKAN KE DALAM NERAKA
Nabi Musa AS suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan umatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa AS kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS, Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Syurga-Nya?. Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah. Nabi Musa AS mengabulkan permintaan orang itu.
Nabi Musa AS kemudian bermunajat memohon kepada Allah SWT agar Allah SWT
memberitahukan kepadanya di mana umatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak.
Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepadanya bahawa Aku
akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam". Nabi Musa AS
kemudian mengkhabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah
SWT kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari
hadapan Nabi Musa AS. Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan
dirinya. Ia juga mulai terfikir bagaimana dengan keadaan saudara-saudaranya,
temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun,
dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak
di akhirat. Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa AS kembali. Ia kemudian berkata
kepada Nabi Musa AS, "Wahai Musa AS, aku rela Allah SWT memasukkan aku ke
dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar
setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini
sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak
akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya". Nabi Musa AS menyampaikan
permohonan orang itu kepada Allah SWT. Setelah mendengar apa yang disampaikan
oleh Nabi Musa AS maka Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah
kepada umatmu itu bahawa sekarang Aku akan menempatkannya di Syurgaku
yang paling tinggi".
RIAK MEMUSNAHKAN PAHALA
Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis,
lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"
Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap
umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah
berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."
Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal
perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para
malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari
dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ke tujuh."
Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah
kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua
anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada
Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain
daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."
"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya
mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di
kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak
membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."
Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh
malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T.
Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang
tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para
malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku,
sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa sesungguhnya
dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala
sesuatu di langit."
SAUDARA MARA, KEKAYAAN DAN AMAL PERBUATAN
Kata Kumail, "Saya bersama-sama Ali telah berjalan ke arah padang pasir pada suatu
hari. Dia telah mendekati tanah perkuburan yang terdapat di situ sambil berkata, "Ya
ahli-ahli kubur ! Wahai kamu yang telah menghuni di tempat sunyi ini !
Bagaimanakah keadaan kamu di dunia sana ?Setahu kami segala harta
peninggalan kamu telah habis dibahagi-bahagikan, anak-anak kamu telah menjadi
yatim dan janda-janda yang kamu tinggalkan telah pun berkahwin semula.
Sekarang ceritakan sedikit perihal diri kamu."
Kemudian sambil menoleh kepada saya, dia berkata, "Ya Kumail! Seandainya mereka
boleh bercakap sudah tentu mereka akan mengatakan sebaik-baik bekalan ialah
takwa." Airmata berhamburan dari kedua-dua belah matanya. Katanya lagi, "Ya
Kumail, perkuburan merupakan tempat menyimpan segala perbuatan manusia.
Tetapi kita menyedari hakikat ini hanya selepas memasukinya."
Mengikut sebuah hadis tiap-tiap manusia akan menemui perbuatan-perbuatannya yang
baik. Perbuatan-perbuatan baiknya itu akan berupa seorang manusia yang akan menjadi
sahabat dan penawar hatinya. Sebaliknya kejahatan-kejahatannya akan berupa seekor
binatang yang hodoh yang mengeluarkan bau yang busuk dan yang menambahkan
kesengsaraannya. Nabi s.a.w telah bersabda dalam sebuah hadis, "Hanya tiga benda
saja yang mengikuti seseorang ke kuburnya; harta-bendanya, kaum kerabatnya dan
amal perbuatannya. Harta benda dan akrib kerabatnya akan kembali selepas upacara
pengkebumiannya. Yang tinggal bersama-samanya hanyalah amalannya saja."
Pada suatu hari Nabi s.a.w telah bertanya kepada para sahabatnya, "Tahukah kamu
tentang perhubunganmu dengan saudara-maramu, kekayaan dan amal
perbuatanmu ?"
Sahabat-sahabat semua ingin mendengar penjelasan baginda. Nabi pun berkata, "Perhubungan itu bolehlah diumpamakan dengan perhubungan seorang manusia
dengan tiga orang adik-beradiknya. Apabila manusia hampir-hampir hendak mati dia
pun memanggil salah seorang daripada saudara-saudaranya tadi lalu berkata, "Saudara, engkau tahu keadaan aku bukan ? Apakah pertolongan yang dapat
engkau berikan aku ?" Saudaranya menjawab, "Aku akan memanggil doktor untuk
merawati kamu dan aku akan menjaga kamu. Kalau engkau mati, aku akan
mandikan kamu, mengapankan kamu serta mengusung jenazahmu ke perkuburan.
Kemudian aku akan mendoakan kamu. Saudaranya ini ialah kaum kerabatnya.
Soalan yang sama dikemukakan kepada saudaranya yang kedua. Jawapannya begini, "Aku akan berada bersama-sama dengan engkau selama engkau masih bernyawa.
Sebaik-baik saja engkau meninggal, aku akan pergi kepada orang lain."
Saudaranya yang kedua ini ialah harta kekayaannya. Apabila soalan itu dihadapkan
kepada saudaranya yang ketiga, dia menjawab, "Aku tidak akan meninggalkan kamu
walaupun di dalam kubur. Aku akan bersama-sama kamu ke tempat itu. Ketika
amal perbuatanmu dipertimbangkan, aku akan memberatkan perbuatanmu yang
baik." Saudara yang terakhir ini ialah kebaktian yang telah diperbuatkan. Sekarang yang
mana satu yang menjadi pilihanmu ?" Jawab para sahabat, "Ya Rasulullah tidak syak
lagi yang saudaranya yang terakhir ialah yang paling berguna untuk dirinya."
TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang
menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat
asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang
hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah
diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul
Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana
takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan
sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka
dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T.
Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai
rambut."
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti,
akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api
yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan
menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu)
setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru
kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi
menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Sebaik saja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka
dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api
neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata
setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku
Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah
api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha
menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat,
demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk,
demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril
berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda
mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air
itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang
menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk
memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka
padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah
mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."
7 MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATI SELEPAS MATI
Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang
itu selepas matinya.
- Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
- Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
- Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
- Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
- Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
- Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
- Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Quran maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak
Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
- Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
- Ilmu yang berguna dan diamalkan.
- Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
Monday, April 6, 2009
ANTARA SABAR DAN MENGELUH
Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Di
waktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain
kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai
saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati
kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban,
dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih
menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar
berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah
menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa
ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia
dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan
ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke
periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke
badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah
berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan
kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah
yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan
mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun
sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan
adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan teladan di mana kesabaran sangat
digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada
Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda
dalam firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli
dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana
itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina
nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliah, dan orang yang
mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari
wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah).
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala
musibah.
HIKMAH BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU BAPA
Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya
pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan
kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai
yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh kaum jin, manusia dan
binatang.
Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai-ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari ,baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka "Mungkin tersalah tempat". Tetapi baginda menjawab "Tidak, di sinilah tempatnya". Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam ke dalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib. Tanya Nabi Sulaiman "Apakah kamu menyelam sehingga dasar laut" Jawab Jin Ifrit "Tidak". Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang di katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.
Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangat cantik. Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk ke dalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.
Dengan kuasa yang diberikan oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah. Baginda berangkat untuk melihat kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana asyik bermunajat kepada Allah. Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada di situ. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman. Pemuda itu bertanya "Dari manakan mereka ini dan bagaimana mereka datang?". Pemuda itu merasa hairan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat. Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.
Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya. Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut. Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah. Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya di letakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.
Doa kedua dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Allah. Pada suatu hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut .
Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut. Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah. Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuannya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya. Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkan Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajat kepada Allah sehingga hari ini.
Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu "Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini" Pemuda itu menjawab "Saya tidak menghitungnya tetapi ia mula memasukinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi". Nabi Sulaiman menghitung ". Ini bermakna kamu telah berada di dalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun". Nabi Sulaiman berkata "Rupa mu tidak berubah malah sentiasa muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya". Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu samada dia mahu pulang bersamanya". Jawab pemuda tadi "Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini". Nabi Sulaiman bertanya"Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu" Jawab pemuda itu "Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku". Nasi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ke tempat asalnya.
Setelah kubah tersebut diletakkan ke tempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya "Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa seksanya orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya". Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ke tempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib.

AYAT QURSI MENJELANG TIDUR
Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam
makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu
kemudian berhasil ditangkapnya.
"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.
Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian
ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak,
sementara saya sangat memerlukan makanan."
Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan
kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.
Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka
bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu
Hurairah?"
Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat
memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia
kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.
"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi."
Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan
kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil
makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.
"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti
kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga
saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."
Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia
kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W,
dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama,
sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan
kembali lagi."
Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata,
telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-
geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-
benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia
telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi
menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu
dilepaskan begitu saja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu
saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan
ampun."
Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan
yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia
datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk
lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah
pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.
"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak
akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu
memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami,
bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya
pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat
berguna."
"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan
hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul
Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara
oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."
Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih
menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.
Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan
pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya
kegunaan ayat Kursi.
"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu
Hurairah sempat menceritakan segalanya.
"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya
lepaskan," jawab Abu Hurairah.
"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.
Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul
Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau
membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati
syaitan hingga pagi hari."
Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya
pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang ertemu denganmu tiap
malam itu?"
"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.
"Itulah syaitan."
Sunday, April 5, 2009
AL-QURAN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al- Quran."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu : "Adakah kamu Al- Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al- Quran."

ALLAH S.WT MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W
'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T. Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.
- Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
- Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
- Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).
Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?
Saturday, April 4, 2009
5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T KEPADA RASULULLAH S.A.W
Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T
telah memberikan lima wasiat, antaranya :
- Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
- Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
- Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
- Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
- Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya
tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah
nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah
S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
- Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
- Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
- Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
- Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
- Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
- Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
- Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."
Subscribe to:
Posts (Atom)