Friday, June 19, 2009

3K


Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat mewujudkan keselesaan dan menggambarkan kecintaan di kalangan warga sekolah di samping penting dalam meningkatkan mutu pendidikan. Program 3K diadakan setiap tahun dan ianya secara tidak langsung mendorong budaya keselamatan, kebersihan dan keceriaan. Pada tahun ini, bilik guru telah berjaya menjuarai diikuti bilik gerakan dan ketiga kantin sekolah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat.

Tuesday, May 26, 2009

PELAJAR CEMERLANG DIRAIKAN


Program ini merupakan ilham daripada Guru Besar yang mencadangkan agar pelajar-pelajar cemerlang diraikan. Pelajar-pelajar tahun 6 yang menerima keputusan cemerlang iaitu 3A dan ke atas akan diberi makan percuma selama beberapa hari berdasarkan jumlah A yang diperolehi. Ia juga sebagai dorongan kepada mereka untuk meningkatkan kecemerlangan di dalam peperiksaan di samping berjaya di dalam UPSR kelak.

Saturday, May 23, 2009

HARI GURU 2009


Sambutan Hari Guru SK LKTP J14 telah diadakan pada 21 Mei 09. Pelbagai acara dan aktiviti telah diadakan untuk memeriahkan sambutan tersebut. Sesungguhnya hari tersebut amat bermakna kepada para guru yang telah banyak menabur bakti kepada anak didik. SELAMAT HARI GURU. Guru Pembina Negara Bangsa..

Wednesday, April 8, 2009

PERMOHONAN SI MISKIN DAN SI KAYA

Nabi Musa AS memiliki umat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang- panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa AS. Ia begitu miskinnya pakaiannya compang- camping dan sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa AS, "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah SWT menjadikan aku orang yang kaya. Nabi Musa AS tersenyum dan berkata kepada orang itu, "saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah SWT. Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, Bagaimana aku mahu banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja"!. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa AS. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu. Nabi Musa AS pun tersenyum, lalu ia berkata, "wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah SWT. Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Alah SWT?. Allah SWT telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah SWT telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya", jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah SWT tambah kekayaannya karena ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah SWT mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaian pun yang melekat di tubuhnya. Ini semua karena ia tidak mahu bersyukur kepada Allah SWT.

RAHSIA KHUSYUK DALAM SOLAT

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.


Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"


Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwuduk' zahir dan batin."


Isam bertanya, "Bagaimana wuduk' zahir dan batin itu?"


Hatim berkata, "Wuduk' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk' dengan air. Sementara wuduk' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-


1.    bertaubat


2.    menyesali dosa yang dilakukan


3.    tidak tergila-gilakan dunia


4.    tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')


5.    tinggalkan sifat berbangga


6.    tinggalkan sifat khianat dan menipu


7.    meninggalkan sifat dengki


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.


Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawaduk, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."


Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.