Monday, May 17, 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010

Hari Guru peringkat sekolah diadakan pada hari ini dengan cukup meriah. Sambutan Hari Guru tahun ini bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh wakil guru serta bacaan perutusan Hari Guru oleh Guru Besar. Semangat guru-guru jelas terpancar sewaktu membaca ikrar dan nyanyian Lagu Guru Malaysia. Majlis diteruskan dengan upacara memotong kek dan penyampaian hadiah daripada murid-murid kepada guru. Bagi meraikan guru-guru, aktiviti padang dan sukaneka serta acara dewan turut dijalankan. Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. Andalah pembina negara bangsa dan pendidik untuk melahirkan generasi cemerlang.Terima kasih Cikgu.

No comments:

Post a Comment