Monday, May 31, 2010

PEPERIKSAAN P2 DAN P3

Peperiksaan P2 bagi pelajar Tahun 1-5 dan P3 bagi pelajar Tahun 6 bermula hari ini dengan kertas Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan dan Pendidikan Seni. Selamat menjawab dan semoga berjaya pada peperiksaan kali ini.

Thursday, May 20, 2010

MAJLIS BACAAN YASSIN

Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR SK Jengka 14 menganjurkan Majlis Bacaan Yassin kaum ibu bagi murid-murid Tahun 6. Semua ibu dijemput hadir untuk sama-sama menyertai majlis ini pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 20 Mei 2010
Masa : 5.00 petang
Tempat : Surau SK Jengka 14

Monday, May 17, 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010

Hari Guru peringkat sekolah diadakan pada hari ini dengan cukup meriah. Sambutan Hari Guru tahun ini bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh wakil guru serta bacaan perutusan Hari Guru oleh Guru Besar. Semangat guru-guru jelas terpancar sewaktu membaca ikrar dan nyanyian Lagu Guru Malaysia. Majlis diteruskan dengan upacara memotong kek dan penyampaian hadiah daripada murid-murid kepada guru. Bagi meraikan guru-guru, aktiviti padang dan sukaneka serta acara dewan turut dijalankan. Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. Andalah pembina negara bangsa dan pendidik untuk melahirkan generasi cemerlang.Terima kasih Cikgu.

Thursday, May 13, 2010

KEPUTUSAN PERTANDINGAN KECERIAAN SEKOLAH-SEKOLAH KELOMPOK JENGKA 2010

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SKJ14 kerana telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan keceriaan sekolah baru-baru ini. Berikut merupakan keputusan mengikut kategori :-

Bilik J-QAF-Pertama
Bilik Gerakan-Pertama
Bilik Guru-Pertama
Tandas-Pertama
Surau-Kedua
Kantin-Ketiga
Bilik BOSS-Kelima 

Bagi mengetahui keputusan pertandingan, sila klik di sini.