Tuesday, April 20, 2010

PROGRAM KECERIAAN

Program keceriaan sekolah telah bermula minggu ini. Guru-guru dan kakitangan bekerjasama bagi memastikan kawasan sekolah dalam keadaan bersih dan ceria. Antara bilik-bilik yang terlibat adalah Bilik BOSS, Bilik Guru, Bilik Gerakan, Kantin, Bilik J-QAF, Surau dan Tandas. Pelbagai usaha dijalankan oleh guru-guru bagi menceriakan kawasan terbabit seperti melukis mural, menyediakan bahan-bahan dan info yang berkaitan. Penilaian dan pemantauan akan dilakukan dari masa ke semasa. Diharapkan  usaha dan kerjasama warga sekolah akan terus berkekalan bagi menjamin persekitaran SKJ14 terus bersih, ceria dan harmonis.  

No comments:

Post a Comment