Monday, April 26, 2010

UJIAN PENGESANAN TAHUN 6

Ujian pengesanan bagi pelajar Tahun 6 bermula hari ini. Selamat menjalani peperiksaan kepada pelajar-pelajar. Semoga berjaya.

26/04/2010 - Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Matematik II
27/04/2010 - Matematik I, Bahasa Inggeris III, Sains
28/04/2010 - Bahasa Inggeris I, Bahasa Inggeris II

Tuesday, April 20, 2010

PROGRAM KECERIAAN

Program keceriaan sekolah telah bermula minggu ini. Guru-guru dan kakitangan bekerjasama bagi memastikan kawasan sekolah dalam keadaan bersih dan ceria. Antara bilik-bilik yang terlibat adalah Bilik BOSS, Bilik Guru, Bilik Gerakan, Kantin, Bilik J-QAF, Surau dan Tandas. Pelbagai usaha dijalankan oleh guru-guru bagi menceriakan kawasan terbabit seperti melukis mural, menyediakan bahan-bahan dan info yang berkaitan. Penilaian dan pemantauan akan dilakukan dari masa ke semasa. Diharapkan  usaha dan kerjasama warga sekolah akan terus berkekalan bagi menjamin persekitaran SKJ14 terus bersih, ceria dan harmonis.  

Monday, April 19, 2010

KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA KALI KE-22


Kejohanan Sukan dan Olahraga kali ke-22 berlangsung dengan jayanya di padang sekolah baru-baru ini selama seminggu.
















Berikut merupakan keputusan Kejohanan Sukan dan Olahraga kali ke-22 :-

Perbarisan Rumah Sukan
Johan - Merah
Naib Johan - Hijau
Ketiga - Biru
Keempat - Kuning

HIiasan Rumah
Johan - Hijau
Naib Johan - Kuning
Ketiga - Biru
Keempat - Merah

Keputusan keseluruhan Kejohanan Olahraga kali ke-22 
Johan - Merah
Naib Johan - Biru 
Ketiga - Hijau
Keempat - Kuning 

Olahragawan
Olahragawati - Hele Suhana Binti Safriyan
Olahragawan Harapan -
Olahragawati Harapan -

Pihak sekolah mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua guru, PIBG, ibu bapa, murid-murid,dan semua individu yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.Tahniah diucapkan kepada semua yang telah berjaya!

Monday, April 12, 2010

KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA KALI KE-22

Kejohanan Sukan dan Olahraga kali ke-22 berlangsung dengan jayanya di padang sekolah baru-baru ini bermula 5 April hingga 10 April. Kejohanan yang dianjurkan ini bertujuan mencungkil dan mengasah bakat para pelajar dalam sukan balapan dan padang. Acara kemuncak bagi kejohanan ini berlangsung pada hari Sabtu dan pelbagai  acara bagi pelajar, ibu bapa, guru dan kakitangan diadakan. Perarakan lintas hormat oleh peserta rumah sukan menyerikan lagi acara pada hari tersebut dengan maskot dan bendera rumah sukan masing-masing. Upacara lintas hormat diakhiri dengan perarakan keluar kesemua kontijen seterusnya disambung dengan acara balapan dan padang yang dipertandingkan pada hari tersebut. Kejohanan ini berakhir dengan pengumuman para pemenang dan penyampaian hadiah mengikut kategori dan pencapaian yang telah dinilai.






















Berikut merupakan keputusan Kejohanan Sukan dan Olahraga kali ke-22:-

Perbarisan Rumah Sukan
Johan - Merah
Naib Johan - Hijau
Ketiga - Biru
Keempat - Kuning

HIiasan Rumah
Johan - Hijau
Naib Johan - Kuning
Ketiga - Biru
Keempat - Merah

Keputusan keseluruhan Kejohanan Olahraga kali ke-22 
Johan - Merah
Naib Johan - Biru 
Ketiga - Hijau
Keempat - Kuning 

Olahragawan - Muhammad Faizulkefli Bin Mohd Isa
Olahragawati - Hele Suhana Binti Safriyandi

Pihak sekolah mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua guru, PIBG, ibu bapa, murid-murid,dan semua individu yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.Tahniah diucapkan kepada semua yang telah berjaya!