Saturday, November 21, 2009

VISI DAN MISI

VISI 
Memastikan warga sekolah berupaya menggunakan, membuat penerokaan kendiri dan mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan kehidupan seharian.


MISI
  • Memberi peluang kepada warga sekolah membuat pembelajaran kendiri secara penerokaan maya. 
  • Memberi peluang kepada murid menggunakan teknologi yang sesuai dalam aspek bagi meningkatkan mutu pengalaman pembelaran.
  • Memberi peluang murid mengembangkan potensi diri dan bersedia bagi menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Ahli Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah

PENGERUSI 

En. Mohd Nor Bin Mat Nali
(Guru Besar SK Jengka 14)


NAIB PENGERUSI

En. Adnan Bin Hashim
(GPK 1)


SETIAUSAHA
Pn. Siti Rahayu Binti Yusuf


AHLI JAWATANKUASA
 Pn. Hjh Salmah Binti Hj. Ismail
En. Imran Bin Ramli
Pn. Zuria Azura Binti Razali
En. Asri Bin Jahaafar
En. Kamizi Bin Mustafa
Pn. Noraini Binti Ahmad



Friday, November 20, 2009

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

Pada 19 November 2009 telah berlangsung Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SK Jengka 14 bertempat di dewan sekolah. Majlis diadakan khusus bagi meraikan kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan di samping bertujuan untuk menggalakkan kejayaan mereka pada masa akan datang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En. Mohd Amran bin Yunus (Pengurus Felda Jengka 14). Majlis diserikan dengan persembahan murid Prasekolah dan Tahun 6. Pada hari tersebut keputusan UPSR telah diumumkan dan seramai 7 orang pelajar telah memperoleh 5A. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar yang berjaya pada tahun ini dan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.  


Thursday, November 12, 2009

KEJOHANAN SUKAN

Pada hari Rabu 11 November 2009, kejohanan sukan telah diadakan bertempat di padang sekolah selepas berakhirnya peperiksaan P4. Antara acara yang dipertandingkan adalah bola sepak dan bola jaring. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diwakili oleh pelajar Tahun 3, 4 dan 5. Bola sepak telah dimenangi oleh kumpulan Super Striker manakala kumpulan Persis Mutiara telah memenangi acara bola jaring. Selain itu, bagi memanfaatkan masa terluang pelajar, sekolah telah mengadakan sukan tradisional bagi murid tahun 6 di mana pertandingan yang diadakan adalah tarik upih, tuju tin, galah panjang dan batu seremban. Syabas kepada semua pemenang!

Tuesday, November 3, 2009

PEPERIKSAAN PKSR 4 BERMULA

JADUAL PEPERIKSAAN TAHAP I
Selasa - Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Matematik II,
Agama Islam
Rabu - Matematik I, Pendidikan Seni, Bahasa Arab, Pendidikan Jasmani
Khamis - Sains, Bahasa Inggeris II, Bahasa Inggeris I, Bahasa Inggeris III

JADUAL PEPERIKSAAN TAHAP II
Selasa -
Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Matematik II,
Agama Islam

Rabu - Matematik I, Pendidikan Seni, Bahasa Arab, Pendidikan Jasmani
Khamis - Sains, Bahasa Inggeris II, Bahasa Inggeris I, Bahasa Inggeris III
Jumaat - Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup, Pendidikan Sivik





MURID PRASEKOLAH NAIK 87% PADA 2012


KUALA LUMPUR 2 Nov. – Kerajaan menyasarkan peningkatan 87 peratus pendaftaran kanak-kanak prasekolah kepada 447,556 murid pada 2012 berbanding 342,706 murid pada tahun ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah meningkatkan jumlah kanak-kanak mengikuti pendidikan prasekolah itu merupakan usaha menjadikan sistem pendidikan negara terus relevan. Menurutnya, pada masa sama, ia bagi mencapai matlamat menjadikan prasekolah sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pelajaran.
“Pertambahan 104,850 murid itu adalah penyertaan kanak-kanak kohort berusia lima tahun yang mengikuti pembelajaran prasekolah kerajaan dan swasta,” katanya menjawab soalan Abd. Rahman Bakri (BN-Sabak Bernam) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya memantapkan kemahiran berbahasa serta pembentukan sahsiah positif di kalangan kanak-kanak prasekolah mengikut kurikulum yang dikuatkuasakan sejak 2003 sama ada di sekolah kerajaan mahu pun swasta. Katanya, kurikulum prasekolah sedia ada akan ditambah baik termasuk cadangan memanjangkan 50 peratus tempoh interaksi dalam bahasa Inggeris.
Menurutnya, 4,194 kelas prasekolah baru pula akan dibina menjelang 2012 selain menggalakkan penyertaan pihak swasta melalui cadangan pemberian insentif. Tambah beliau, kementerian juga memberi latihan kepada guru prasekolah kerajaan dan swasta melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Peningkatan Profesionalisme.
“Penyeliaan serta pemantauan bagi memastikan kualiti pendidikan prasekolah dijalankan dari semasa ke semasa. Bukan itu sahaja, pelbagai program kesedaran bagi menggalakkan penyertaan ibu bapa terutama di luar bandar serta yang berpendapatan rendah akan dijalankan,” katanya.
Menjawab soalan tambahan Abd. Rahman mengenai masalah murid-murid normal yang keciciran membaca, menulis dan mengira (3M), Muhyiddin berkata, beliau yang menyedari perkara itu. Menurutnya, masalah tersebut berlaku ekoran perbezaan kawasan pendidikan seperti di dalam dan luar bandar. Bagaimanapun, jelasnya, kerajaan mengambil inisiatif menyediakan peruntukan RM48 juta melalui Bajet 2010 bagi memperbaiki kelemahan aspek keperluan, kemudahan dan latihan yang tidak mencukupi itu. Menjawab soalan tambahan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), Muhyiddin berkata, program Permata di seluruh negara telah menunjukkan prestasi cemerlang dan kementerian bercadang mengembangkannya.

Monday, November 2, 2009

8000 BUTA HURUF

Kuantan-Seramai 8838 murid tahun 1 hingga tahun 3 di negeri ini masih lagi belum mampu membaca dan menulis dengan baik. Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif berkata, sehingga Julai tahun ini, seramai 4091 murid Tahun 1, 2786 Tahun 2 dan 1961 Tahun 3 dikesan mengalami masalah itu. Menurutnya, Jabatan Pelajaran Negri (JPN) mahukan pendidik mencari pendekatan bersesuaian untuk mengatasi masalah itu di semua sekolah.

"Barisan pentadbir dan guru perlu merangka strategi berkesan untuk membantu atasi masalah ini, selain hubungan erat antara guru dan ibu bapa perlu terus dijalin supaya usaha menjadikan murid sebagai insan celik huruf tidak hanya berlaku di sekolah, tetapi berterusan pula di rumah.


Abdul Aziz berkata, di negara maju membuktikan bahawa membaca adalah kunci kepada khazanah ilmu sehingga melahirkan golongan intelektual, mempunyai daya cipta tinggi, berdaya saing dan berketerampilan. Katanya pada 2007, Unesco mencatatkan Malaysia berada pada tahap 91.9 peratus literasi berbanding Indonesia dengan peratus 92 peratus, Filipina (93.4 peratus), Thailand (94.1 peratus) dan Singapura (94.4 peratus).

Kajian ini menunjukkan Malaysia berada di belakang negara serantau dan sekiranya tiada usaha bersungguh diambil, nescaya kata-kata 'prasarana kelas pertama, tetapi 'mentaliti ketiga' dibimbangi akan menjadi realiti di negara ini.

Dipetik dari Sinar Harian