Thursday, March 26, 2009

PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2009

Pelantikan Pengawas Pusat Sumber telah diadakan pada bulan Mac tahun ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar di tapak perhimpunan. Seramai 48 orang pengawass PSS yang lama dan baru dilantik telah diberi tauliah perlantikan. Nur Aliya Syafiqah Binti Mohd Nayan telah dilantik sebagai ketua Pengawas PSS sementara Mohamad Kamarulzaman Bin Bohari pula sebagai Penolong Ketua Pengawass PSS. Semoga kalian terus komited dan efisien dalam menjalankan tugas.

Sunday, March 1, 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG 2009

Mesyuarat PIBG sekolah kali ke-23 telah diadakan pada 27 Februari 2009. Ia telah dirasmikan oleh En. Zulkifli Bin Naam, Penolong Pengurus Wilayah Jengka. Seramai 110 orang telah menghadiri mesyuarat tersebut termasuk ibu bapa dan guru yang dimulakan pada jam 2.30 petang. Seperti biasa mesyuarat membincangkan beberapa agenda penting di samping merancang pelbagai inisiatif bagi kemajuan sekolah dan kecemerlangan pelajar. Warga SK LKTP Jengka 14 merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah hadir dan tahniah kepada Jawantankuasa PIBG 2009-2010 yang dilantik. Selamat menjalankan tanggungjawab bagi kecemerlangan para pelajar. Insyaallah.