Sunday, March 1, 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG 2009

Mesyuarat PIBG sekolah kali ke-23 telah diadakan pada 27 Februari 2009. Ia telah dirasmikan oleh En. Zulkifli Bin Naam, Penolong Pengurus Wilayah Jengka. Seramai 110 orang telah menghadiri mesyuarat tersebut termasuk ibu bapa dan guru yang dimulakan pada jam 2.30 petang. Seperti biasa mesyuarat membincangkan beberapa agenda penting di samping merancang pelbagai inisiatif bagi kemajuan sekolah dan kecemerlangan pelajar. Warga SK LKTP Jengka 14 merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah hadir dan tahniah kepada Jawantankuasa PIBG 2009-2010 yang dilantik. Selamat menjalankan tanggungjawab bagi kecemerlangan para pelajar. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment