Wednesday, January 2, 2019

Pembuka Tirai Hari Pertama Persekolahan Tahun 2019

Assalamualaikum...



Hari ini 2 Januari 2019 bermula sesi pertama persekolahan di SK LKTP Jengka 14.

Saturday, November 22, 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Jengka 14




Asslamualaikum wbkt...


Tarikh : 20-11-2014 (khamis)
Masa : 8.00 pg - 1.00 ptg
Tempat : Dewan SK Jengka 14


Sekolah Kebangsaan Jengka 14 telah mengadakan majlis anugerah dan kecemerlangan pada Khamis yang lepas. Ia diadakan untuk meraikan dan memberikan anugerah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam setiap mata pelajaran sepanjang tahun 2014. 





Untuk album penuh sila klik link sini.



Majlis Persaraan Guru Besar SK Jengka 14

Assalamualaikum..


Tarikh :  18-11-2014 (selasa)
Masa : 8 pagi - 12.30 tgh
Tempat : Dewan SK Jengka 14



Pada hari selasa lalu telah berlangsung satu majlis sempena persaraan guru besar SK Jengka 14. Ia diadakan bagi meraikan seorang guru besar yang telah tamat berkhidmat disekolah ini. Guru besar yang dimaksudkan adalah Encik Ismail Bin Ismail. Majlis itu disambut dengan pelbagai acara dan sambutannya meriah sekali. Dibawah sedikit gambar-gambar kenangan semasa majlis itu berlangsung. Semoga menjadi kenangan untuk warga SK Jengka 14.






Untuk album penuh sila klik link sini.








Monday, August 25, 2014

Sambutan Hari Jadi Pra Sekolah SK Jengka 14




      Pra sekolah SK Jengka 14 telah mengadakan satu majlis hari jadi pra sekolah tahun 2014 pada hari rabu 21/08/2014 yang lepas. Ia dikendalikan oleh Puan Awana Binti Sairi selaku guru pra sekolah SK Jengka 14 dan turut dibantu oleh Puan Noraini Binti Jamaluddin selaku pembantu pengurusan murid pra sekolah. Ia diraikan dengan jaya dan meriah bersama murid-murid pra sekolah.











Tuesday, August 19, 2014

Sambutan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah



   Pada hari isnin 18/08/2014 pihak sekolah SK Jengka 14 telah mengadakan satu acara sambutan pelancaran bulan kemerdekaan yang ke 57 tahun. Nyanyian lagu kebangsaan serta lagu wajib kemerdekaan iaitu Tanggal 31 telah dinyanyikan beramai-ramai bersama guru dan murid-murid. Turut serta lagu tema yang tajuknya bersempena dengan tema hari kemerdekaan tahun ini iaitu 'Di Sini lahirnya Sebuah Cinta' juga dinyanyikan bersama.