Sunday, June 29, 2014

SELAMAT BERPUASA WARGA SEKOLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dipertemukan lagi kita dengan bulan ramadhan di mana bulan yang diwajibkan bagi umat islam berpuasa. Betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah. 

Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan." 

Sabda baginda lagi dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan" 

Warga skj14 mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat islam dan semoga amalan kita diterima dan diberkati olehNya. Insyaallah.



Thursday, January 23, 2014

" KeYBoaRD ShoRtCuTs "

Tujuan utama menggunakan keyboard shortcut adalah untukmempercepatkan kita melakukan sesuatu tugas tanpa bergantung sepenuhnya kepada tetikus. Selain itu, ia mampu melatih kita untuk menaip dengan lebih pantas dan cepat. Jadi tugas yang dilakukan akan cepat siap dan menjimatkan masa. Berikut merupakan beberapa shortcut yang sering digunakan. Simbol ‘+’ menggambarkan kekunci pada keyboard ditekan serentak:
  1. Alt + F4 menutup pelayar (browser) pada skrin komputer
  2. Alt + Tab menukar pelayar ke pelayar yang lain. Misalnya jika anda membuka banyak Internet Explorer gunakan kekunci ini untuk mencepatkan anda menukar pelayar
  3. Ctrl + A memilih keseluruhan ayat. Biasa untuk Microsoft Word & Power Point
  4. Ctrl + B menebalkan saiz perkataan/ayat (bold)
  5. Ctrl + C menyalin perkataan/ayat (copy)
  6. Ctrl + D menukar jenis perkataan
  7. Ctrl + S menyimpan (save) seseatu fail misalnya Microsof Word dan laman web
  8. Ctrl + Z undur ke belakang dan sering dilakukan dalam Microsoft Word
  9. Ctrl + I mencondongkan tulisan.
  10. Ctrl + V meletakkan semula ayat yang disalin dari Ctrl + C
  11. Ctrl + Alt + Delete Membuka Task Manager. Selau digunakan untuk menghentikan proses yang terlalu berat hingga menyebabkan komputer menjadi kaku (hang)
  12. F1 kebanyakkan untuk bantuan mengenai sesuatu perisian (software)
  13. Start + E membuka explorer My Computer

Tuesday, October 1, 2013

Kisah Rumput & Orang Yang Disayangi

 Picture

         Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar    : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu    : Oh, awak nak tahu ke? Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar    : Baiklah....apa yang harus saya buat?
Cikgu    : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar    : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
* Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada satu rumput pun yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu    : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar    : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu    : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kta hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakag lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlaku tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Tuesday, July 23, 2013

Logo Sekolah SK Jengka 14






Objektif Dan Matlamat Pusat Akses






Objektif & Matlamat:

- Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat
- Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri
dengan lebih berkesan
- Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pengajaran
dan pembelajaran