Monday, October 18, 2010

KEMPEN GALAKAN MEMBACA

Majalah Kuntum telah mengadakan lawatan ke SKJ14 pada 17 Oktober 2010 sempena program Kempen Galakan Membaca. Rombongan Kuntum tiba jam 8.00 pagi diketuai oleh Puann Asma selaku Editor Majalah Kuntum bersama 4 orang krew yang lain.





Lawatan yang bertujuan untuk mempromosikan majalah Kuntum kepada pelajar-pelajar sekolah telah disambut meriah oleh warga  SKJ14. Majlis tambah meriah dengan kehadiran maskot Kuntum iaitu Si Comel. Semua pelajar telah diberi senaskah majalah kuntum dan penerangan mengenai kandungan majalah tersebut. Terima kasih majalah kuntum yang sudi hadir ke SKJ14. Diharap dengan melanggan majalah seperti Kuntum ini pelajar-pelajar dapat menambah pengetahuan mereka.

Monday, September 27, 2010

SAMBUTAN AIDILFITRI 2010


Sambutan jamuan hari raya aidilfitri ini telah diadakan pada hari Sabtu (25 September 2010) bermula jam 10.00 pagi di dewan sekolah. Agenda bermula dengan pelajar berkumpul beramai-ramai di dewan untuk mendengar ucapan daripada guru-guru dan seterusnya diiringi dengan bacaan doa makan oleh Ustaz Fitri.




Program ini mendapat sambutan yang baik dari pelajar-pelajar kerana pelbagai jenis juadah telah dibawa oleh mereka untuk dihidangkan dan dinikmati oleh warga sekolah. Selain daripada itu, pihak sekolah turut menyediakan makanan sempena sambutan tersebut. Semoga dengan sambutan hari mulia yang diadakan ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara warga sekolah. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Tuesday, September 21, 2010

UPSR BERMULA HARI INI


Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula pada hari ini. Seramai 45 orang calon dari SKJ14 akan  menduduki peperiksaan tersebut. Peperiksaan ini akan berlangsung selama 3 hari bermula hari ini dan akan tamat pada hari khamis (23 September 2010).

Seluruh warga sekolah mendoakan kejayaan semua pelajar Tahun 6. Semoga segala usaha gigih akan berhasil dengan memperolehi keputusan yang cemerlang. Insyaallah.

Thursday, September 16, 2010

HARI MALAYSIA

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tarikh yang sama pada tahun 1963. Tahun 2010 merupakan kali pertama 16 September dijadikan sebagai cuti umum. Hari Malaysia disambut bagi memperingati tarikh penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Ketika itulah penubuhan Malaysia melibatkan Tanah Melayu, Borneo Utara, Singapura, Sabah dan Sarawak. Walaubagaimanapun, terdapatkonflik-konflik yang timbul menyebabkan terdapat negeri yang keluar dari persekutuan Malaysia iaitu Singapura dan Brunei. Pengisytiharan Hari Malaysia ini penting bagi memberikan kesedaran tentang tarikh pembentukan Malaysia. Ianya juga dapat mengeratkan perhubungan rakyat berbilang kaum di Semenanjung, Sabah dan Sarawak khususnya. 



Thursday, September 9, 2010

SALAM AIDILFITRI

Warga SKJ14 Mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR & BATIN