Tuesday, July 13, 2010

MAJLIS PENYERAHAN KWAPM TAHUN 2010


Majlis penyerahan KWAPM tahun 2010 bagi peringkat Dun Jengka akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 15 Julai 2010
Hari : Khamis
Masa : 2.00 petang
Tempat : Foyer SK Bandar Pusat

Yang Berhormat Wan Salman bin Wan Ismail, Adun Jengka akan menyampaikan sumbangan wang tersebut. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SK Jengka 11, SK Jengka 14, SK Jengka 15, SK Jengka 16, SK Jengka 17, SK Jengka 18, SK Jengka 19, SK Jengka 20, SK Jengka 21, SK Jengka 22, SK Desa Jaya, SK Jengka Pusat 2, SK Bandar Pusat.

Friday, July 2, 2010

PROGRAM PELAPORAN P2 DAN P3

Hari ini berlangsung Program Pelaporan bagi P2 dan P3 yang diadakan selepas waktu rehat. Terima kasih kepada ibu bapa yang sudi hadir dan memberi komitmen terhadap kecemerlangan pendidikan anak-anak. kepada pelajar yang berjaya, tingkatkan prestasi untuk terus cemerlang dan bagi yang tidak berjaya jangan kecewa, perbaiki kelemahan agar kejayaan dapat dicapai pada peperiksaan akan datang.

Friday, June 4, 2010

CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN TAHUN

Cuti sekolah pertengahan tahun 2010 akan bermula esok (5 Jun-20 Jun 2010). Diharapkan murid-murid dapat memanfaatkan cuti sekolah selama 2 minggu ini dengan kegiatan dan aktiviti yang berfaedah, Bagi pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR terus mengulangkaji pelajaran di samping mengikuti kelas yang diadakan pada waktu cuti ini.

Selamat bercuti kepada semua murid dan guru SKJ14!

Monday, May 31, 2010

PEPERIKSAAN P2 DAN P3

Peperiksaan P2 bagi pelajar Tahun 1-5 dan P3 bagi pelajar Tahun 6 bermula hari ini dengan kertas Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan dan Pendidikan Seni. Selamat menjawab dan semoga berjaya pada peperiksaan kali ini.

Thursday, May 20, 2010

MAJLIS BACAAN YASSIN

Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR SK Jengka 14 menganjurkan Majlis Bacaan Yassin kaum ibu bagi murid-murid Tahun 6. Semua ibu dijemput hadir untuk sama-sama menyertai majlis ini pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 20 Mei 2010
Masa : 5.00 petang
Tempat : Surau SK Jengka 14