Monday, August 25, 2014

Sambutan Hari Jadi Pra Sekolah SK Jengka 14




      Pra sekolah SK Jengka 14 telah mengadakan satu majlis hari jadi pra sekolah tahun 2014 pada hari rabu 21/08/2014 yang lepas. Ia dikendalikan oleh Puan Awana Binti Sairi selaku guru pra sekolah SK Jengka 14 dan turut dibantu oleh Puan Noraini Binti Jamaluddin selaku pembantu pengurusan murid pra sekolah. Ia diraikan dengan jaya dan meriah bersama murid-murid pra sekolah.











Tuesday, August 19, 2014

Sambutan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah



   Pada hari isnin 18/08/2014 pihak sekolah SK Jengka 14 telah mengadakan satu acara sambutan pelancaran bulan kemerdekaan yang ke 57 tahun. Nyanyian lagu kebangsaan serta lagu wajib kemerdekaan iaitu Tanggal 31 telah dinyanyikan beramai-ramai bersama guru dan murid-murid. Turut serta lagu tema yang tajuknya bersempena dengan tema hari kemerdekaan tahun ini iaitu 'Di Sini lahirnya Sebuah Cinta' juga dinyanyikan bersama.









Saturday, August 9, 2014

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2014



Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 14 telah mengadakan satu sambutan dan jamuan sempena hari raya aidilfitri peringkat sekolah pada tahun 2014. Suasana meriah dapat disaksikan sepanjang majlis berlangsung.


Tarikh: 8 Ogos 2014

Hari: Jumaat

Masa: 9.45 am - 12.05 pm

Tempat: Dewan SKJ14