Saturday, November 22, 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Jengka 14




Asslamualaikum wbkt...


Tarikh : 20-11-2014 (khamis)
Masa : 8.00 pg - 1.00 ptg
Tempat : Dewan SK Jengka 14


Sekolah Kebangsaan Jengka 14 telah mengadakan majlis anugerah dan kecemerlangan pada Khamis yang lepas. Ia diadakan untuk meraikan dan memberikan anugerah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam setiap mata pelajaran sepanjang tahun 2014. 





Untuk album penuh sila klik link sini.



Majlis Persaraan Guru Besar SK Jengka 14

Assalamualaikum..


Tarikh :  18-11-2014 (selasa)
Masa : 8 pagi - 12.30 tgh
Tempat : Dewan SK Jengka 14



Pada hari selasa lalu telah berlangsung satu majlis sempena persaraan guru besar SK Jengka 14. Ia diadakan bagi meraikan seorang guru besar yang telah tamat berkhidmat disekolah ini. Guru besar yang dimaksudkan adalah Encik Ismail Bin Ismail. Majlis itu disambut dengan pelbagai acara dan sambutannya meriah sekali. Dibawah sedikit gambar-gambar kenangan semasa majlis itu berlangsung. Semoga menjadi kenangan untuk warga SK Jengka 14.






Untuk album penuh sila klik link sini.








Monday, August 25, 2014

Sambutan Hari Jadi Pra Sekolah SK Jengka 14




      Pra sekolah SK Jengka 14 telah mengadakan satu majlis hari jadi pra sekolah tahun 2014 pada hari rabu 21/08/2014 yang lepas. Ia dikendalikan oleh Puan Awana Binti Sairi selaku guru pra sekolah SK Jengka 14 dan turut dibantu oleh Puan Noraini Binti Jamaluddin selaku pembantu pengurusan murid pra sekolah. Ia diraikan dengan jaya dan meriah bersama murid-murid pra sekolah.











Tuesday, August 19, 2014

Sambutan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah



   Pada hari isnin 18/08/2014 pihak sekolah SK Jengka 14 telah mengadakan satu acara sambutan pelancaran bulan kemerdekaan yang ke 57 tahun. Nyanyian lagu kebangsaan serta lagu wajib kemerdekaan iaitu Tanggal 31 telah dinyanyikan beramai-ramai bersama guru dan murid-murid. Turut serta lagu tema yang tajuknya bersempena dengan tema hari kemerdekaan tahun ini iaitu 'Di Sini lahirnya Sebuah Cinta' juga dinyanyikan bersama.









Saturday, August 9, 2014

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2014



Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 14 telah mengadakan satu sambutan dan jamuan sempena hari raya aidilfitri peringkat sekolah pada tahun 2014. Suasana meriah dapat disaksikan sepanjang majlis berlangsung.


Tarikh: 8 Ogos 2014

Hari: Jumaat

Masa: 9.45 am - 12.05 pm

Tempat: Dewan SKJ14

















Wednesday, July 23, 2014

Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Maran



   Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Maran..Tahniah kepada Mohd Danial Haiqal Bin Khairul Hisam kerana mendapat tempat ke3 dlm kategori Bahasa Inggeris SR. Syabas juga kepada Raja Shazliana Binti Raja Shahromnizam kerana penyertaan anda.






Tuesday, July 22, 2014

Majlis Sekukuh Ikatan Seindah Ramadhan bersama warga SK Jengka 14

Assalamualaikum wbkt...


Pada hari khamis (17/7/2014) pihak sekolah telah mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama warga sekolah sempena bulan ramadhan pada tahun ini. Ia juga juga turut dihadiri sebahagian ibu bapa dan anak-anak yatim murid sekolah disini. Pada majlis itu juga sumbangan untuk anak-anak yatim juga telah disampaikan oleh GPK Pentadbiran SK Jengka 14 iaitu En. Abdul Fataf B. Jaafar. Solat maghrib juga telah dilakukan secara berjemaah dan diimamkan oleh Ustaz Mad.

Sedikit gambar-gambar yang sempat diambil semasa majlis di bawah...










Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Sunday, June 29, 2014

SELAMAT BERPUASA WARGA SEKOLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dipertemukan lagi kita dengan bulan ramadhan di mana bulan yang diwajibkan bagi umat islam berpuasa. Betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah. 

Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan." 

Sabda baginda lagi dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan" 

Warga skj14 mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat islam dan semoga amalan kita diterima dan diberkati olehNya. Insyaallah.



Thursday, January 23, 2014

" KeYBoaRD ShoRtCuTs "

Tujuan utama menggunakan keyboard shortcut adalah untukmempercepatkan kita melakukan sesuatu tugas tanpa bergantung sepenuhnya kepada tetikus. Selain itu, ia mampu melatih kita untuk menaip dengan lebih pantas dan cepat. Jadi tugas yang dilakukan akan cepat siap dan menjimatkan masa. Berikut merupakan beberapa shortcut yang sering digunakan. Simbol ‘+’ menggambarkan kekunci pada keyboard ditekan serentak:
  1. Alt + F4 menutup pelayar (browser) pada skrin komputer
  2. Alt + Tab menukar pelayar ke pelayar yang lain. Misalnya jika anda membuka banyak Internet Explorer gunakan kekunci ini untuk mencepatkan anda menukar pelayar
  3. Ctrl + A memilih keseluruhan ayat. Biasa untuk Microsoft Word & Power Point
  4. Ctrl + B menebalkan saiz perkataan/ayat (bold)
  5. Ctrl + C menyalin perkataan/ayat (copy)
  6. Ctrl + D menukar jenis perkataan
  7. Ctrl + S menyimpan (save) seseatu fail misalnya Microsof Word dan laman web
  8. Ctrl + Z undur ke belakang dan sering dilakukan dalam Microsoft Word
  9. Ctrl + I mencondongkan tulisan.
  10. Ctrl + V meletakkan semula ayat yang disalin dari Ctrl + C
  11. Ctrl + Alt + Delete Membuka Task Manager. Selau digunakan untuk menghentikan proses yang terlalu berat hingga menyebabkan komputer menjadi kaku (hang)
  12. F1 kebanyakkan untuk bantuan mengenai sesuatu perisian (software)
  13. Start + E membuka explorer My Computer