Monday, April 2, 2012

PROGRAM GURU PENYAYANG PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh : 9 March 2012
Masa : 6.45 Pagi
Tempat : SK(LKTP) Jengka 14

Guru merupakan teraju utama yang memeajukan dan mencemerlangkan sekolah, manakala murid-murid adalah aset yang hendak dimajukan oleh pihak sekolah. Kedua-dua objek ini perlu serasi bergandingan bersama dalam usaha mewujudkan suasana pendidikan yang aman dan harmoni. Selaras dengan matlamat tersebut, pihak sekolah telah menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengadakan program Guru Penyayang dan Sekolah Penyayang. Guru-guru perlu membudayakan dan mempamerkan nilai-nilai kasih sayang terhadap murid-murid. Guru-guru juga perlu menyedari bahawa murid-murid merupakan aset utama sekolah yang perlu diberi perhatian dan dihargai kewujudannya. Oleh demikian, amalan berbudi bahasa, mengambil berat, menghormati serta bersikap mesra terhadap murid perlu dipupuk setiap masa. Hal ini bertujuan supaya murid dapat menanam perasaan kecintaan mereka kepada sekolah sertya memberi sepenuh kepercayaan kepada guru-guru. Diharapakan program guru penyayang ini mampu membanteras masalah ponteng sekolah.



Objektif

- Menjiwai amalan kasih sayang dan belas kasihan dikalangan guru.

- Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.

- Membanteras gejala ponteng sekolah dikalangan murid.

- Menghargai setiap sumbangan murid, ibubapa dan masyarakat kepada sekolah.


lagi galeri gambar klik sini



Untuk info dan maklumat yang terkini aktiviti-aktiviti sekolah Sk jengka 14 sila lawati di laman facebook kami. klik

Tuesday, February 21, 2012

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-26

Assalamualaikum wbkt..


Pada tarikh 17 FEBRUARI 2012 bersamaan hari jumaat lalu telah diadakan satu majlis mesyuarat agung PIBG kali ke 26 yang bertempat didewan sk jengka 14 ini. Ia dipengerusikan oleh Cik Syaidatul Aizam selaku pengerusi majlis dan majlis mesyuarat ini telah di rasmikan oleh adun jengka iaitu YB en.Wan Salman Bin Wan Ismail. Mesyuarat ini telah dihadiri kira-kira 80 orang dikalangan ibubapa, penjaga murid termasuk guru-guru dan kakitangan sekolah. 

Agenda Mesyuarat Agung PIBG 2012

  1. Pengerusi memulakan mensyuarat
  2. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat agung PIBG kali ke 25.
  3. Membentangkan dan menerima Laporan Tahunan sesi 2011/2012
  4. Membentangkan dan menerima laporan kewangan 2011
  5. Membahaskan usul
 Usul AJK PIBG
 Usul Ahli PIBG
 Usul Tergempar
 Perkara Berbangkit

     6.  Perlantikan AJK PIBG sesi 2012/2013
     7.  Ucapan penangguhan

Dalam majlis telah diadakan aktiviti seperti cabutan bertuah kepada semua yang hadir dan memberi beberapa cenderamata untuk ahli jawatankuasa PIBG sekolah. Pihak sekolah berterima kasih kepada pihak adun jengka kerana telah memperuntukkan sedikit sumbangan pada sekolah ini. Majlis yang berlangsung selama 4 jam itu telah berkahir dengan jayanya. Diharapkan ia dapat diteruskan di tahun hadapan dan harapan sekolah agar semua ahli PIBG dapat memberikan sokongan yang berterusan terhadap program seperti ini di masa-masa akan datang. Dengan ini pihak sekolah ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.










Friday, February 10, 2012

Peraturan Dan Keselamatan DiPusat Akses

SK LKTP JENGKA 14
26400 BANDAR JENGKA,
PAHANG



PERATURAN DAN KESELAMATAN
PUSAT AKSES SEKOLAH

  • Peraturan Am
  • Peraturan untuk Guru
  • Keselamatan Pengguna
  • Keselamatan Komputer
  • Keselamatan Perkakasan
  • Keselamatan Perisian Komputer


PERATURAN UNTUK GURU
1. Semua peralatan di dalam Pusat Akses tidak dibenarkan di bawa keluar.
2. Kertas taip putih dan bewarna tidak akan dibekalkan kepada guru-guru untuk kegunaan peribadi.
3. Ia juga tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai bahan conteng
4. Sesuatu yang diperlukan mestilah dimaklumkan kepada Penyelaras supaya dapat direkodkan dan memudahkan untuk dikesan pergerakannya.
5. Segala peralatan yang digunakan, mestilah diletakkan di tempat asalnya.
6. Sesuatu alat yang dipinjam mesti ada tandatangan pengakuan mengambil atau memulangkannya dengan ditandatangani pengesahan oleh Penyelaras.
7. Penyelaras berhak menuntut semula barang yang dipinjam jika melebihi dua minggu dari tempoh pinjaman
8. Guru-guru yang datang ke Pusat Akses tidak dibenarkan menyelongkar atau membaca apa jua bahan di dalam fail tanpa kebenaran Penyelaras.
9. Kebenaran hendaklah diminta untuk mencetak bahan-bahan dan mencetak bahan persendirian adalah tidak dibenarkan.
10. Guru yang hendak menggunakan Pusat Akses, makluman hendaklah dibuat kepada Penyelaras sehari sebelum penggunaan.
11. Persediaan hendaklah dibuat sepuluh minit sebelum murid masuk untuk memastikan PC boleh digunakan.
12. Guru yang membawa murid masuk ke Pusat Akses juga hendaklah mengisi Buku Rekod Penggunaan  Pusat Akses dan memastikan setiap murid yang menggunakan PC mencatatnya dalam Buku Rekod Penggunaan PC.
13. Setelah selesai sesuatu penggunaan, guru tersebut hendaklah memeriksa PC dan memastikan PC dimatikan dengan betul.
14. Guru tersebut hendaklah mencatatkan sebarang masalah dan kerosakan dalam Buku Laporan Kerosakan untuk makluman Penyelaras.


PERATURAN AM
1. Dilarang masuk tanpa izin atau semasa ketiadaan guru.
2. Masuk mengikut Jadual Waktu Penggunaan Pusat Akses.
3. Catat segala penggunaan dalam Buku Rekod Penggunaan Makmal.
4. Berada di dalam Pusat Akses dalam keadaan senyap – dilarang berlari, bergurau senda dan bergaduh di dalam Pusat Akses.
5. Dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer.
6. Dilarang membawa masuk sebarang perisian luar kecuali dengan izin Penyelaras
7. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian kecuali dengan izin Penyelaras.
8. Dilarang melayari internet pada alamat yang tidak senonoh/lucah.
9. Kemaskan Pusat Akses dan susun semula kerusi sebelum keluar.
10. Sentiasa menjaga kebersihan Pusat Akses.
11. Laporkan segera kepada Penyelaras atau guru bertugas, jika terdapat sebarang bunyi ganjil, terbau benda terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal.


KESELAMATAN PENGGUNA
1. Meja Komputer diatur dengan baik dan tersusun, sistem unit di tempat yang sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti.
2. Tempat duduk selesa, kerusi boleh dilaras mengikut keperluan pengguna dan duduk tegak untuk menghindari dari sakit pinggang.
3. Kabel-kabel komputer diletakkan di tempat selamat dari laluan pengguna.
4. Penapis cahaya monitor boleh digunakan untuk keselamatan mata pengguna.
5. Laraskan kedudukan monitor dengan mata, monitor harus 18 ke 24 inci jauh dari mata.
6. Pengguna perlu berehat selepas 2 jam menggunakan komputer dan melihat kehijauan di luar untuk melegakan pandangan mata.
7. Berehat sebentar jika mengalami sakit tengkok, sakit tulang belakang dan keletihan kedua-dua tangan.
8. Pastikan Pusat Akses dilengkapi dengan kotak pertolongan cemas.
9. Jika casing perlu dibuka untuk kerja penyelenggaraan, pastikan sistem unit di ‘shutdown’, matikan kuasa elektrik dan tanggalkan plug.
10. Elakkan dari memakai tali leher, barang kemas dan berambut panjang semasa itu.
11. Perhatikan jika ada wayar kuasa yang terdedah, tukar mana kabel kuasa yang rosak.


KESELAMATAN PERKAKASAN
1. Jangan membawa keluar sebarang perkakasan komputer dari Pusat Akses tanpa kebenaran.
2. Jika ada bunyi ganjil atau terhidu sesuatu yang terbakar, kenalpasti komputer yang terlibat dan segera putuskan bekalan kuasa dinding yang bersambung ke komputer itu.
3. Komputer yang rosak perlu diasingkan, dilabelkan dan dinyatakan perkara yang rosak untuk tindakan seterusnya.
4. Pastikan cakera liut disimpan di dalam kotaknya atau bekas bebas dari sebarang benda asing, habuk dan kekotoran.
5. Imbas cakera liut sebelum digunakan untuk mengelakkan sebarang virus.
6. Padamkan suis pencetak selepas digunakan.
7. Pengguna dikehendaki melaporkan sebarang kerosakan perkakasan kepada Penyelaras.
8. Kekisi dan tetingkap perlu dipasang untuk mengelakkan kecurian perkakasan berlaku
9. Sistem penggera kebakaran (sistem pengesan asap dan api) perlu dipasang untuk mengelakkan kebakaran dari berlaku.
10. Pastikan disk cleaner dan cecair alkohol ada disimpan di dalam Pusat Akses untuk mencuci pemacu cakera yang kotor.

KESELAMATAN KOMPUTER
1. Sebaiknya suhu dalam Pusat Akses tidak lebih daripada 40 C. Penggunaan alat penghawa dingin adalah digalakkan.
2. Komputer menggunakan alat pelaras arus elektrik (AVR atau UPS) supaya voltan elektrik yang masuk ke komputer sentiasa terkawal dan stabil.
3. Elakkan dari banyak menggunakan socket extension.
4. Jika perlu memindahkan komputer, harus diingat sistem unit komputer agak sensitif. Elakkan dari terhantuk , tergegar dengan kuat atau terjatuh.
5. Semasa menggunakan komputer, tidak boleh makan, minum dan merokok.
6. Jangan biarkan sistem unit terdedah terlalu lama tanpa casing.
7. Gunakan can-air untuk kerja membersihkan habuk di bahagian dalam sistem unit.
8. Tanggalkan plag 3 pin dari soket pada dinding setelah selesai menggunakan komputer.
9. Jangan menyambung apa jua kabel peranti (termasuk tetikus dan papan kekunci) ke sistem unit tanpa sistem unit di shutdown.
10. Elakkan papan kekunci daripada tercemar kepada air dan habuk.
11. Jika perlu menyambung kabel ke sistem unit, lakukan secara berhati-hati supaya pin kabel tidak bengkok, terpatah atau termasuk ke dalam.

                                                    

KESELAMATAN PERISIAN KOMPUTER
1. Laporkan sebarang kerosakan perisian dan komputer berkenaan ditandakan.
2. Elakkan (jangan) menyalin perisian luar ke dalam cakera keras komputer tanpa kebenaran.
3. Elakkan (jangan) membawa masuk perisian CD atau perisian dalam disket dari luar ke dalam makmal tanpa kebenaran.
4. Elakkan (jangan) menyalin perisian dari cakera keras komputer tanpa kebenaran.
5. Kemaskinikan perisian anti virus dari semasa ke semasa.
6. Perisian-perisian dalam komputer yang rosak atau tidak sempurna perlu dihapuskan dan dibuat salinan semula ke dalam cakera keras.
7. Jika terdapat laporan virus menjangkiti mana-mana cakera keras komputer, kenalpasti komputer itu.
8. Usahakan sesuatu untuk menyahkan virus yang menyerang.
9. Lakukan aktiviti scandisk dan defrag untuk cakera keras komputer seelok-eloknya sekali dalam sebulan.


 
ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

Pengguna Internet perlu mengambil maklum bahawa adalah menjadi kesalahan untuk:
1. Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara.
2. Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara serta perlanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa.
3. Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.
4. Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim piramid dan surat berantai serta lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia.
5. E-mel :
  • Menghantar iklan yang tidak dikehendaki atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan.
  • Melakukan pengeboman e-mel (mail bombing) iaitu secara sengaja membanjiri e-mel seseorang dengan menghantar e-mel yang sama atau bersaiz besar.
  • Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak kumpulan berita (newsgroup) Perbuatan ini dikenali juga dengan newsgroup spam.

@Pembestarian/skj 14/Pusat Akses 2012