Di sini terdapat sedikit info untuk para pengguna windows xp. Ada beberapa cara untuk kita lajukan sistem windows komputer kita dengan cara yang mudah.
Walaupun Windows Vista/7 telah lama dilancarkan oleh Microsoft,
kebanyakan dari kita masih lagi menggunakan Windows XP sebagai Operating
System. Ini mungkin kerana anda telah biasa dengan Windows XP, dan
lebih selesa dengannya. Mungkin juga anda memilih Windows XP kerana ia
kurang mengalami masalah compatibility dengan software lama.
Setelah menggunakan Windows XP buat beberapa ketika, anda mungkin
perasan PC anda menjadi semakin lembab berbanding semasa baru lepas
install
Windows dahulu. Selain dari memastikan komputer anda bersih dari Virus
dan Malware, terdapat beberapa perkara yang anda boleh amalkan untuk
memastikan Windows XP berjalan dengan lebih lancar. Di sini saya ingin
kongsi lima tips berikut:
Defragment Hard Disk Anda
Anda mungkin telah kerap kali mendengar istilah Defragment ini. Namun, tahukah anda apa fungsi Defragment?
Apabila Windows XP menyimpan satu-satu fail dalam komputer anda,
kadang – kadang ia diletak secara bersepah. Sebagai contoh, sebahagian
dari fail Word anda diletakkan di bahagian tengah
Hard Disk
manakala sebahagian lagi diletakkan di bahagian hujung. Keadaan ini
disebut sebagai Fragmentation. Untuk membuka fail Word ini, Windows XP
terpaksa memakan sedikit masa kerana ia terletak berjauhan antara satu
sama lain.
Defragmentation bertugas untuk membetulkan kembali keadaan
Fragmentation ini. Ia akan menyusun kembali fail – fail dalam komputer
anda agar berada di tempat yang betul.
Disk Defragmenter boleh dibuka melalui Start Menu > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter
Tetapkan Program Yang Dibuka Sewaktu Startup
Setiap kali Windows dimulakan, ia akan melancarkan sejumlah program
secara automatik. Program ini dipangil sebagai Startup Program. Namun,
tidak semua dari program ini diperlukan sentiasa, sebaliknya anda hanya
akan buka program tersebut bila perlu.
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuang satu-satu
program dari senarai Startup. Cara yang paling mudah ialah dengan
menggunakan
msconfig. Untuk melancarkan msconfig, klik
pada Start Menu dan pilih Run (atau tekan sahaj Win+R). Pada kotak Run,
taipkan msconfig dan tekan Enter. System Configuration Utility akan
dipaparkan. Pergi kepada tab Startup dan anda boleh lihat senarai
startup program. Hanya
uncheck sahaja mana – mana program supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik.
Bagi mendapatkan senarai Startup Program yang lebih lengkap dan menyeluruh, gunakan perisian
Autoruns. Pastikan anda tahu program apa yang anda hadapi, sebelum membuat apa – apa perubahan.
Matikan Servis Yang Tidak Perlu
Servis adalah proses – proses yang dijalankan secara senyap, di balik
tabir. Seperti Startup Program, ada sebilangan dari servis – servis ini
yang tidak diperlukan oleh anda, dan boleh ditetapkan agar tidak
dilancarkan secara automatik.
Untuk membuat tetapan pada servis, buka msconfig sekali lagi. Pergi
kepada tab Services. Pastikan anda menanda kotak "Hide All Microsoft
Services" (seperti dalam gambaraja) agar anda tidak tersilap membuang
servis yang penting. Kemudian
uncheck pada mana – mana servis supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik
Untuk senarai servis – servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka kotak Run dan taipkan
services.msc. Di sini anda boleh lihat segala servis – servis yang terdapat dalam Windows XP.
Bersihkan PC Anda
Semakin lama anda menggunakan PC, semakin banyaklah
Temporary File
yang terkumpul dalam Windows anda. Temporary File ini adalah sampah –
sarap yang perlu dibersihkan selalu agar ianya tidak membazirkan ruang
dalam Hard Disk anda. Untuk membersihkan fail – fail ini, gunakan
CCleaner.
Tingkatkan BIOS Anda
(Nota: Tips yang berkaitan dengan upgrade BIOS atau mematikan mana –
mana fungsi dalam BIOS adalah agak teknikal. Pengguna baru adalah
dinasihatkan supaya mengelakkan tips ini)
BIOS bereti Basic Input Ouput System, yang berfungsi untuk memulakan
perkakasan – perkakasan dalam komputer anda sewaktu PC dihidupkan.
Bergantung pada PC anda, pengubahsuaian BIOS boleh meningkatkan sedikit
prestasi komputer.
Update BIOS Anda. Biasanya pengeluar komputer atau
motherboard akan mengemaskini BIOS mereka, dan anda boleh
download versi BIOS yang terbaru ini. Pastikan BIOS jenis apa yang anda pakai, dan cari
update yang terkini di Internet. Setelah
download, ikuti langkah yang diberikan untuk install BIOS tersebut.
Matikan Komponen Yang Tidak Digunakan. Motherboard
anda mengandungi banyak komponen – komponen seperti RJ-45, bunyi, dan
grafik. Anda boleh matikan komponen yang tidak diperlukan; melalui BIOS.
Contohnya jika anda mempunyai kad wireless, anda tidak memerlukan lagi
komponen Ethernet. Ataupun jika port VGA anda tidak digunakan,
disable saja fungsinya. Jika anda ingin menggunakannya kembali,
enable semula komponen tersebut melalui BIOS.