Monday, August 30, 2010

HARI KEMERDEKAAN KE-53

31 OGOS merupakan Hari Kemerdekaan Malaysia dan pada tahun ini negara akan menyambut kemerdekaan ke-53 dengan tema 1 Malaysia, Menjana transformasi. Bermula 1970, Kerajaan Malaysia telah mencipta tema hari kemerdekaan bagi setiap tahun bertujuan untuk membantu kerajaan dan rakyat dalam mencapai visi dan matlamat negara. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-53. Hayatilah erti kemerdekaan dan serapkan ia ke dalam diri kita. sambutlah dengan penuh kegembiraan dan berbangga bergelar rakyat malaysia. 

Merdeka! Merdeka! Merdeka!




Wednesday, August 11, 2010

SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dipertemukan lagi kita dengan bulan ramadhan di mana bulan yang diwajibkan bagi umat islam berpuasa. Betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah. 

Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan." 

Sabda baginda lagi dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan" 

Warga skj14 mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat islam dan semoga amalan kita diterima dan diberkati olehNya. Insyaallah.