Monday, March 8, 2010

PEPERIKSAAN P1 2010 BERMULA

JADUAL PEPERIKSAAN P1 2010 (TAHAP 1)
Selasa - Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Matematik II, Metematik I
Rabu - Bahasa Arab, Bahasa Inggeris I, Pendidikan Jasmani, Agama Islam
Khamis - Sains, Pendidikan Seni

JADUAL PEPERIKSAAN P1 2010 (TAHAP 2) 
Isnin - Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup, Pendidikan Sivik, Pendidikan Jasmani
Selasa - Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Matematik II, Metematik I
Rabu - Bahasa Arab, Bahasa Inggeris II, Bahasa Inggeris I, Agama Islam
Khamis - Sains, Pendidikan Seni 

SAMBUTAN HARI MAULIDUR RASUL 1431H

Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada hari Jumaat 5 Mac 2010. Tema sambutan pada tahun ini adalah 'Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah'. Antara objektif program ini adalah untuk mengenang kembali sejarah kelahiran Nabi Muhamad SAW pada 12 Rabiul Awal di samping menghayati perjuangan Rasulullah dan contoh terbaik bagi umat islam sejagat. Majlis dimulakan dengan acara perarakan sambil berselawat membawa sepanduk antara rumah-rumah sukan. Acara diteruskan dengan pertandingan mewarna jawi bagi Tahap 1, pertandingan khat bagi Tahap 2 dan pertandingan nasyid. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang. Semoga sambutan ini dapat dihayati bersama dan memperoleh manfaat daripadanya.

Sabda Rasulullah SAW :
'Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiku dan sesiapa yang mencintaiku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga'.